Tom Yam Putih....Part 2

Friday, July 13, 2012


 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
      Dah Jumaat rupanya, Jumaat depan Insyaallah mulalah puasa. Sekejap je tu, pejam-celik, pejam-celik, celik-pejam, raya pulak. Minggu depan tentu sibuk beli stok dapur untuk sambut puasa. Mana yang tak berapa lalu nak makan sahur, mesti sibuk nak buat sambal yang tahan lama buat pembuka selera. Ada yang beli stok telur asin bagai. Kami di Gerbang Meru ni, tiap tahun beli telur asin konon sebagai pembuka selera tapi bila tiba sahur, jangan kan sebiji telur, setengah telur pun tak habis, Kiki tak makan langsung, suami pun tak berapa suka jadi dari jadi tukang perabih lebih baik tak yah beli dah. Sesetengah orang pulak kari memang tak jalan masa sahur, tapi not for us, kari ayam lebih-lebih lagi kari daginglah yang paling laku bila sahur. Kuah kari tu dah jadi macam bahan pelincir untuk telan nasi. Yang peliknya masak lomak cili api lak tak berapa laku. Tapi…, kalau makan ramai-ramai kat kampung ko bagilah apa lauk pun maun bertambah nasi kot. Emm, tak cukup satu page kot kalau cerita bab puasa & sahur ni…Nanti kita sambung akan datang ya.
     Ceritanya semalam, Kiki nak lagi tomyam hari ni...,rasanya kalau esok pun dia minta lagi tomyam harus saya jadi expert dalam campak-mencampak kat dapur ni. Maklumlah tomyam kan main campak-campak je bahannya hi hi. Lagi satu, buat tomyam ni elok untuk ‘clear’kan stok sayur-mayur kat fridge tu.
     Kalau semalam isi tomyamnya cuma ayam dan sayur-sayur, tapi hari ni up-grade sikit, tambah udang & cendawan. Maka jadilah Tomyam Putih Campur. Senangkan bah. Di sini sekali lagi resepi kuah tomyamnya…
     Semalam kita ‘frend’ kan tomyam dengan Telur Bungkus, hari ni kita ‘fren’kan dia ngan telur dadar  je…Habis, takkan telor dadar pun nak snap kot…nanti orang kata giler blog la plak sampai telur dadar pun nak diabadikan dalam blog.

    Okay…Silakan…

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS