Mak, Kiki teringin makan yang masam!...

Thursday, July 12, 2012


Assalamualaikum,
     Emm, kenapa gambar kat atas tu ada tanda ? ek? Nak tahu...teruskan baca...
     Sebenarnya dah beberapa kali Kiki asyik dok mintak buat Tomyam. Katanya dah lama tak makan Tomyam. Teringin nak makan yang masam katanya. Ish, ngalahkan orang ngidam lah pulak. Dan dah beberapa kali pulak saya tak berkesempatan nak menunaikan hajatnya. Adakala sebab bila nak buat tak ada bahan dan kadang-kadang bila ke pasar, lupa pulak pasal tuntutannya yang satu ni jadi tak ada pulak beli barangnya. Kebetulan semalam ke pasar dan malam sebelumnya dia cakap lagi teringin nak makan Tomyam jadi saya pun belilah bahan-bahannya semalam. Tapi sebab semalam dah booking Mee Kari untuk menu, jadi Tomyam terpaksalah ditunda ke hari ini. Kena buat jugak Tomyam ni sebab puasa dah nak dekat dan rasanya tak sesuai pulak nak buat Tomyam di bulan puasa untuk berbuka, perut kosong makan pulak yang masam...sakit pulak perut nanti.
     Selalunya tomyam yang saya buat, tomyam merah, tapi sejak makan Tomyam Putih kat sebuah restoran dulu rasa lebih sodapp pulak. Ada lemak-lemak sikit sebab ada sedikit santan dalam resepinya. Kiki pun nampak lebih sukakan Tomyam Putih ni. Jadi saya pun google lah resepi yang sesuai dan berkenan di hati lalu mendaratlah kat resepi dari blog kak ina.
    
Tom Yam Putih 
dari: kak ina

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar, potong baji
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4-5 tangkai cili api
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 1/2 liter air
  • 1/2 ekor ayam di potong kecil
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1/4 cawan santan-  saya tak letak, kalau letak lagi sedap kot
  • sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain.
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan ayam.
  3. Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan-bahan lain kecuali sayur...renihkan.
  5. Masukkan santan.
  6. Perasakan garam dan gula.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
  8. Didihkan lagi beberapa minit. 
     Siap...lebih baik dari makan kat kodai yang tomyamnya lebih banyak bawang dari isi...dah lak anak den anti bawang hi..hi.. "Side dish"nya Telor Bungkus Simple yang saya skodeng dari SINI.

Bahan:
250gm Daging/ayam - cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dihiris sederhana
2 sb cili sos
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
sedikit serbuk Knorr pasti sedap (saya letak serbuk ayam)
sedikit hirisan karet
sedikit bunga  kobis - saya guna celeri
2 biji telur ayam (agak2 berapa jumlah telor, kalau rasa tak cukup nak bungkus, tambah lagi)
minyak untuk memasak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan hirisan bawang besar.Bila dah naik baunya, masukkan daging cincang, karet dan bunga kobis.Bila sayur dah agak layu, masukkan cili sos, tomato sos, sos tiram dan serbuk pasti sedap.Kacau hingga mesra kesemuanya, tutup api.
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga sebati dengan sedikit garam, jika nak letak sesudu mayonis pun boleh.Panaskan non-stick pan(api sederhana) dengan sapuan sedikit minyak, dadarkan keatasnya hingga memenuhi ruang pan.Bila telur dah agak masak, tuangkan daging yang telah dimasak tadi ditengah-tengah telur.Kemudian lipat telur tu sehingga menjadi bentuk 4 segi, kalau nak garing lagi, terbalikkan telur yang telah siap dilipat tadi.Siap untuk dihidangkan.
 
     Nak dijadikan cerita, masak dah, makan pun dah, malangnya gamba tomyamnya yang disnap terdelete secara tak sengaja. Selalunya bila saya transfer gambar ke laptop saya terus delete je gambar tu dari kamera tapi rupanya gambar tomyamnya sangkut tapi saya delete juga dari kamera sebab ingat dah transfer.  Emm alahai...sekarang baru tahu kenapa gambar kat atas post ni ada tanda ? Tak do rezeki ekau wahai gamba tapi tak apa sebab Kiki mintak lagi tomyam yang sama esok jadi...? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal...resepi ni dah lah boleh dikategorikan dalam resepi orang yang sedang sakit "M" atau resepi yang paling senang...lempar-lempar je bahannya..dah tu pulak anakku nak lagi...emm bertomyam lagi le gamaknya esok.
Gambar tomyamnya esok je le...tapi tomyam lain lah...bukan lain apa pun lain sebab isi dalam nya aje lah yang di tukar..takkan ayam lagi kan? hi hi...Salam...selamat beradu pada yang dah nak beradu macam saya...
Sila....




No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS