Moi

Thursday, July 19, 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
    
     Alkisahnya bubur nasi @ Moi ni cerita semalam sebenarnya. Saya ada stok telur asin yang saya beli minggu lepas yang cadangnya saya nak buat bubur nasi letak telur asin tapi dari sehari ke sehari niat tu tak kesampaian. Kisahnya saya terjumpa resepi bubur nasi + telor asin dalam blog Dunia Dari Dapur Kak Jee.  Saya teringin nak buat dan nak rasa tapi suami kata bubur nasi ni buat kalau time demam sesuailah. Emm, kalau demam, siapa pulak yang nak tolong masak bubur nya pulak. Emm alahai…. Jadi semalam, oleh sebab tak tau apa nak masak untuk makan tengahari untuk Kiki dan saya, so saya ‘on’ kan aje lah plan nak buat bubur nasi @ Moi ni.
     Macam yang saya kata tadi, resepinya saya intip dari blog Dunia Dari Dapur Kak Jee Di Sini tapi Kak Jee namakan resepi ni Bubur Lambok Telor Asin. Saya tak ikut 100% resepi Kak Jee jadi saya tak beranilah nak bagi nama yang sama. Lalu resepi saya ni saya namakan Moi Telur Asin. Harap Kak Jee tak marah ya. Dah lah skodeng dapur orang lepas tu pepandai je ubah resepi dan ubah nama lak tu.
     Jadi apa yang bezanya Moi yang saya sediakan ni dari yang Kak Jee punya tu. Emm saya cuma tak letak santan dan sebab saya tak ada stok daging (daging yang sepatutnya saya buat bubur lambuk tu dah saya terjunkan ke Pizza minggu lepas ) so terpaksalah saya gantikan daging tu ngan ikan bilis.
     Resepi yang saya pepandai je ubah tu ialah:

Moi Telur Asin

Bahan:
secawan beras
segenggam ikan bilis (dikisar)
bawang putih
bawang merah
halia
kayu manis 1 & bunga lawang 1
3 bj telor masin
garam secukup rasa
minyak bijan

CARA:
Cuci beras. Kemudian jerang atas dapur dan letak air dalam kuantiti yang banyak.  Masukkan ikan bilis kisar tadi ke dalam beras. Letak kayu manis dan bunga lawang. Masaklah sampai beras betul-betul hancur. Kalau tak cukup hancur, tambah air lagi sampai bubur jadi halus. Kalau nak pekat kurangkan air dan sebaliknya. Perlahankan api dan masukkan telur asin satu persatu. Teruskan masak hingga telur asin cukup masak. Tapi saya suka kuning telur tu lembut sikit. So agak-agak lah ikut selera anda. Saya nasihatkan cuma masukkan garam selepas habis masukkan semua telur asin sebab, saya gunakan ikan bilis pun dah masin jadi berhati-hati dengan garam. Rasa dulu sebelum tambah garam. Tumis darat bawang putih, bawang merah dan halia. Masukkan ke dalam moi. Kalau suka letakkan minyak bijan dan taburkan bawang goreng sebelum hidang. Yang penting, telur asin mesti ada sekali dalam mangkuk yang dihidang tu. Okay siap!!

Silakan…

2 comments:

  1. Try la, cuba buat ngan daging pulak.
    Acu tak de stok daging tu yang buat guna ikan bilis...tapi tetap sedap.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS