Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salam mesra diucapkan buat semua. Emm, bulan puasa dah nak hampir ni...kalau tak Jumaat mungkin Sabtu puasa lah kita. Semalam, hampir sepanjang hari tiada di rumah ke Kuala Kangsar kerana menemankan suami bersama mak mertua dan kakak ipar (Nyah) menyelesaikan perihal tanah pusaka. Alhamdulillah, segalanya selesai sudah. Sebelum pergi pagi semalam sempat menyediakan nasi lemak untuk sarapan dan nasi lemak itu jugalah untuk Kiki makan tengahari bila balik dari sekolah sementara kami tiada di rumah. Alhamdullilah, Kiki dah boleh tinggal sendirian kalau kami keluar sebentar atau pergi ke mana-mana dan balik hari. Balik aje dari Kuala dalam 11.30 pagi, terus ke Singgang nak beli beberapa anak pokok kelapa sawit. Tanah kami yang kat kampung tu masih ada sedikit yang kosong di lerengnya yang boleh di tambah lagi beberapa anak pokok dalam 25 batang lagi. Dah bawak anak pokok tak dapatlah nak lari laju dengan Navara ni, jadi lagi lambat lah sampai ke Sungai Siput. Jam 1 ptg baru kami sampai. Kami bersama mak dan Nyah berhenti kejap makan cendol dan rojak pasembor betul-betul depan Hospital Sungai Siput. Sedap nya tak terkata apatah lagi bila perut tengah lapar pulak tu. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke kampung yang berbaki lagi setengah jam. Hampir 3 ptg barulah sampai. Kami rehat sebentar lebih kurang 2 jam di rumah Nyah barulah bergerak balik ke Meru. Hari pun mendung je. Kiki pun memerap je lah kat rumah. Lepas mandi dan solat, suami ajak ke Mydin beli barang dapur. Saya okay je, jadi hari ni tak payah lagi dah keluar untuk groceries.
Hari ni last episod drama Korea Luv You 1000 Times yang saya follow dari mula sampai episode 55. Emm, seperti yang di duga drama ni happy ending for everybody. Jadi saya nak segerakan buat chocolate muffin ni supaya boleh tengok drama ni. Sebenarnya Kiki dah lama request muffin yang ada chocolate frosting ni sebab katanya tak syiok lah kalau makan muffin yang tak de topping. Bahannya saya beli semalam di Mydin. Jadi hari ni saya nak lunaskan permintaannya. Balik dari sekolah tadi, happy betul dia bila nampak muffin ni kat dapur dok menanti di jamah. Cepat-cepat dia makan tengahari sebab tak sabo nak rasa muffin ni. Habis 4 biji dia makan for dessert & dia kata kat kedai pun tak jual macam ni. Ye lah tu... Saya tanya, Kiki, boleh jual tak muffin ni? Dia kata tak leh. Bila saya tanya kenapa, kata sedap? Dia jawab balik sebab dia nak makan ke semuanya. Hi hi.
Saya pinjam resepi untuk chocolate muffin ni dari blog Nannie. Nampak sedap dan menarik muffinnya.
In fact semua muffin dalam blog Nannie nampak sodap dan cantik. Saya bukan lah seni sangat orangnya jadi muffin ni tak lah nampak "glamour", but like Barefoot Contessa (one of chef kegemaran saya) kata, "it doesn't have to look perfect, becoz its homemade", yeah...its homemade, janji sedap.Hi hi, saja nak sedapkan hati sendiri.
CHOCOLATE MUFFIN
Bahan A – DIAYAK
50 grm serbuk koko @ ½ cawan
2 sudu kecil baking powder
Bahan B :
113gm butter
200gm gula halus @ 1 cwn
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan air panas
Cara:
- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C
selama 5 minit . Campurkan air panas dengan serbuk koko dan biarkan sejuk
dalam suhu bilik .
- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas lain pukul gula dengan mentega sehingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra .
- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas lain pukul gula dengan mentega sehingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra .
- Masukkan bahan A iaitu tepung -
sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga betul-betul sebati .
Akhir sekali masukkan bancuhan air panas dengan serbu koko yang sudah sejuk ke
dalam adunan tadi . Kacau dengan menggunakan spatula atau senduk kayu
sehingga cukup rata semua adunan .
- Masukkan bancuhan kek ini dalam
cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan
sampai penuh) . Bakar selama 15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak
.
Bahan coklat frosting :
160
gm gula icing
120
gm coklat masakan (cincang halus)
150
gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
1)
Cincang coklat masakan kecil-kecil dan masukkan dalam periuk kecil kemudian
guna teknik double boiling untuk cairkan coklat ni . Bila dah cair
ketepikan sekejap.
2) Pukul butter sehingga kembang dalam 1 minit kemudian masukkan semua gula icing dan pukul lagi 2 minit sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi kemudian terus masukkan coklat cair tadi dan pukul lagi sehingga cukup sebati dan kembang.
3) Sapukan coklat frosting atas cupcake dan boleh lah dihias dengan chocolate rice atau apa saja yang sesuai dan disukai.
2) Pukul butter sehingga kembang dalam 1 minit kemudian masukkan semua gula icing dan pukul lagi 2 minit sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi kemudian terus masukkan coklat cair tadi dan pukul lagi sehingga cukup sebati dan kembang.
3) Sapukan coklat frosting atas cupcake dan boleh lah dihias dengan chocolate rice atau apa saja yang sesuai dan disukai.
salam acu. wahh makin mantap masak memasak yer.. terliuk angah.. hahaha
ReplyDeleterajin ...
salam, terimakasih..ni memang tgh ada mood nih..
ReplyDeletemuffin ni sedap ni angah..very moist aje isi dalam dia.
ReplyDelete