Semoga puasa hari ni adalah puasa yang penuh keberkatan Insyaallah. Macamana hari pertama puasa? Harap semuanya berjalan lancar dan seperti yang diharapkan. Dah ada plan nak masak apa untuk berbuka? Emm, saya tak tahu lagi...dalam kepala ada beberapa menu menarik dari blog "Ilham Dapur" yang saya nak cuba. Tapi belum decide lagi. Mee Udang kat atas tu sebenarnya menu dinner semalam yang saya pernah sediakan Di Sini. Kira macam menu buka puasa lah jugak sebab memang kalau puasa kami tak makan nasi waktu berbuka kat Meru ni.
Bercakap pasal menu berbuka ni, janganlah sampai ter'over' atau berlebih-lebihan pulak. Saya teringat dengan pesanan ini yang saya layari Di Sini. Katanya, salah satu matlamat berpuasa ialah melatih diri mengurangkan makan. untuk memberi peluang perut berehat dan jiwa untuk berbuat baik dan taat. Kerana makan yang berlebihan adalah di antara faktor utama yang menyebabkan hati jadi kasar dan keras, di mana akhirnya hati menjadi laksana batu, dan menyebabkan jiwa dan nafsu lemah untuk berbuat amal ibadat. Ia juga menyebabkan hamba kurang bermotivasi dalam bermunajat di hadapan Allah.
Perlu diketahui dan diingat oleh orang yang ingin memperoleh manfaat dan faedah ibadat dan munajat di bulan Ramadan, bahawa (di antara hikmat) mengurangkan makan ialah:
- Menyebabkan hati jadi halus dan peka.
- Memperkuat dan mempertajam daya kefahaman.
- Menundukkan dan menjinakkan nafsu.
- Menundukkan syahwat dan kemarahan.
Jadi saya berpesan kepada diri saya dan kepada anda jua, marilah kita mengujudkan kesederhanaan semasa berbuka di sepanjang Ramadhan yang mulia ini.
Wassalam...,
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar