Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat Menyambut Puasa Ramadhan sekali lagi saya ucapakan dan semoga kita dapat terus menunaikan ibadah puasa dengan sempurna dan mentarbiah diri di sepanjang Ramadhan tahun ini. Saya sebenarnya cukup tertarik dengan menu yang dikongsikan oleh Azlita (resepi dari Quinee) untuk juadah sahur di dalam blog beliau yang turut di kongsikannya di dalam program Semanis Kurma di TV9 Khamis lepas, menyebabkan saya rasa teringin benar nak menyediakan juadah ini sebagai menu hari pertama sahur di Ramadhan kali ini. Balik dari Tarawih semalam terus saja menyediakan Nasi Ayam Boxing Berempah ni. Tak susah. Sejam saja masa untuk menyediakannya. Ayam tu saya perap semalaman. Kiki pun nampak teruja sangat sebab ada kelainan pulak pada menu pada hari pertama sahur kali ni. Pertama kali sebenarnya saya menyediakan nasi ayam untuk sahur. Berselera nampaknya dia makan tadi. Alhamdulillah...
Nasi Ayam Boxing Berempah
Sumber: Quinee
Sup
Ayam
5 ketul peha ayam ~ di jadikan boxing
air secukupnya
2 ulas bawang putih diketuk
5 ketul peha ayam ~ di jadikan boxing
air secukupnya
2 ulas bawang putih diketuk
Sengkuang
1 1/2 inci halia di hiris
2 pokok daun bawang
1 biji kentang dipotong ~ di dadu
1 biji lobak merah ~ di dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 10 minit. ~ Ayam jangan masak lama kerana kita akan goreng ia nanti.
Angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Ambil separuh air rebusan ayam dan asingkan untuk menanak nasi
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.

Nasi Ayam
2 mug beras
2 1/2 mug air rebusan ayam
1 inci halia - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 pokok batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu mentega
Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, ( masukkan sedikit minyak untuk mengelakkan mentegar hangus)
Kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasi
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.

Ayam Boxing Berempah
Crispy
5 ketul ayam boxing
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
6 helai daun kari di mayang halus
2 sudu besar rata rempah kari
garam secukup rasa
1 sudu besar madu
Sedikit lada hitam kisar
2 biji putih telur ~ dipukul
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam
Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu.
Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar
Celupkan ayam ke dalam putih telur
Golekkan ayam di atas emping jagun hingga bersalut sempurna
Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana
Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya

Taugeh Goreng
2 cawan taugeh ~ dibersihkan
1 sudu besar ikan bilis yang telah di tumbuk
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
1 pokok daun bawang ~ di mayang
Panaskan minyak
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan taugeh dan terus tutup api
gaul taugeh rata bersama daun bawang dan cili merah.

No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar