Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, kita dah tiba ke hari ke
dua berpuasa. Jauh lagi perjalanan ini walaupun terasa sekejap masa berlalu.
Semoga kita terutama anak-anak akan terus tabah menahan nafsu lapar dan dahaga,
insyaallah. Anak-anak, merekalah golongan yang paling bahagia di hari raya
nanti. Dan tentunya raya itu akan lebih bermakna jika disertai dengan puasa
yang bukan saja genap sebulan tapi juga puasa yang disertai dengan amalan baik yang berganda.
Jadi kalau ke masjid atau surau untuk Terawih tu, ajaklah anak-anak sama. Kalau
ada anak-anak yang agak bising di belakang surau tu janganlah hendaknya di
marahi atau ditengking, tegurlah dengan bijaksana kerana walaupun nakal tapi
anak-anak ini hatinya lembut. Kalau di tegur dengan baik insyallah meraka akan
dengar, tapi sebaliknya tentu mereka akan lari dan jadi tidak berminat untuk
menyertai lagi program mengimarakkan masjidkan..siapa yang rugi?
Ingin saya berkongsi sebuah cerita yang
erlaku di sebuah gereja. Suatu hari paderi yang menjaga gereja tersebut
terdengar seseorang membunyikan loceng di gereja tapi bila di periksa ternyata
tiada siapa-siapa di situ. Hari berikutnya kedengaran lagi bunyi loceng
tersebut tapi perkara yang sama berlaku tiada siapa di sana bila diperiksa.
Begitulah seterusnya beberapa kali hingga menimbulkan tanda-tanya penduduk
berhampiran dan ada juga yang mula merungut kerana mengganggu kententeraman
mereka kerana loceng tersebut sepatutnya dibunyikan kalau ada sesuatu berlaku.
Hari berikutnya, kerana tidak tahan dengan sungutan penduduk, paderi tersebut
telah menunggu di tempat loceng itu berada. Setelah agak lama menunggu di dalam
kepanasan, muncul seorang budak yang cuba membunyikan loceng tersebut. Budak
yang terkejut melihat paderi itu cuba untuk melarikan diri tetapi tidak
berjaya. Budak tersebut merasa terlalu takut kerana menyangka ianya akan
dimarahi atau dihukum. Tapi sebaliknya, paderi tersebut tersenyum dan melayan
budak tersebut dengan baik serta menasihatinya. Budak tersebut merasa hairan dan
mula suka kepada paderi itu. Sejak dari itu budak tersebut menjadi akrab dengan
paderi dan paderi memberikannya tugas membunyikan loceng pada waktu yang di
tetapkan dan jika ada kecemasan. Dan dia juga telah menjadi ahli tetap di
gereja tersebut dan penganut agama Kristian yang taat.
Cerita ini sebenarnya dikongsi oleh suami
saya semasa dia menghadiri ceramah seorang ustaz. Saya berkongsi sekali lagi cerita ini sebab
malam tadi semasa di surau, ada sekumpulan kanak-kanak yang agak bising dimarah
dengan agak kasar oleh (tak payah lah saya sebut oleh siapa). Kesian,
terkebil-kebil budak tu saya tengok. Yang saya risau kalau dia tak muncul dah
esok Jadi, moralnya, kalau kita nak menegur tegur lah dengan hikmah, barulah anak-anak boleh dengar cakap kita, insyaallah...Kalau garang jangankan anak-anak, yang dewasa pun boleh menjauhkan diri.
Okay lah untuk berbuka semalam, ringkas aje kuih yang saya sediakan iaitu Bingka Kentang, resepi dari blog Yatie.
Okay lah untuk berbuka semalam, ringkas aje kuih yang saya sediakan iaitu Bingka Kentang, resepi dari blog Yatie.
BINGKA KENTANG
Bahan:
1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
1 1/2 cwn tepung gandum
2 cwn santan (boleh juga dikisar dgn daun pandan)
1 cwn susu cair
1 cwn gula
2 sudu besar butter/minyak sapi
4 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau dan sedikit pes pandan
sedikit bijan
2 sb minyak/butter utk sapu pd loyang
Cara:
Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali
bijan dan minyak. Kisar hingga sebati.
Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan
minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan
taburkan bijan di atasnya.
Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5
minit lagi guna api atas saja utk garingkan bahagian atas.
Biarkan betul-betul sejuk barulah di potong.
Silakan...
Roti jala tu menyerlahkan selera....
ReplyDelete