Ayam
berkokok di pagi hari
Alangkah
indahnya suasana
Tak
lama lagi Aidil Fitri
Sambutlah
dengan sederhana
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa
khabar semua? Sabtu datang lagi. Wah, mana yang bekerja dan “off” di hari Sabtu
tentu akan mengambil kesempatan untuk membuat sedikit persiapan awal bagi
menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma. Pusat tumpuan membeli-belah dah
tentu sesak lagi hari ni. Mana yang ambil upah menjahit tu, tentulah masa akan
terus di habiskan dengan menjahit baju. Teringat pada arwah bonda dulu, masa
aktif menjahit, sebaik saja sahur, terus menjahit sampai tiba waktu memasak
untuk berbuka bagi mencari pendapatan lebih untuk belanja raya. Begitu jugalah
yang mengambil tempahan kuih raya. Ada yang dah berhenti mengambil tempahan
supaya boleh fokus pada melunaskan tempahan pulak. Jadi, tak adalah masalah tak sempat nak buat
kan? Ha, para pesara pulak, mesti masa di habis kan pagi ni dengan berkebun di
persekitaran rumah. Tak pun, hari Sabtu atau hujung minggu ni lah anak-anak dan
cucu-cucu akan balik untuk berbuka bersama kan?
Saya
cadangnya nak balik kampong hari ni, tapi suami masih sibuk pulak dengan kerja,
tambahan pulak kurang sihat, macam nak demam tu, jadi mungkin terpaksa
dibatalkan cadangan tu. Tapi tak tahu lah kot saat-saat akhir dia ajak balik
pulak. Lagi pun bukannya jauh, 40 minit perjalanan aje.
Sedapnya rasa Tepung Pelita
Kuih
tradisi kesukaan semua
Sudah
seminggu kita berpuasa
Tak
lama raya menjelma
Wah,
baru seminggu puasa dah sibuk nak raya saya ni kan? Apa-apapun mood kena ada,
barulah meriah dan ceria sentiasa. Tak gitu?
Setiap
hari saya pasti takkan lepas dari melawat blog Cik Azlita masammanis untuk
mengintai apakah juadah yang sesuai untuk disediakan. Kalau ikutkan juadah yang
dipamirkan dalam blog beliau semuanya bukan saja menarik tapi nampak sedap
(memang sedap pun). Tepung pelita ni memang dah lama teringin nak makan.
Selalunya saya dapat merasa yang “homemade” kalau kami balik kampung berbuka di
rumah mak @ kakak ipar di Perlop, Sg Siput. Kakak ipar ni Puan Razilah memang
pakar masak. Apa aje yang dimasaknya mesti sedap. Resepi semuanya dalam kepala
aje. Tepung pelita ni pulak kami akan buat banyak-banyak dan gotong royong
untuk buat sampannya. Supaya bentuk sampannya sekata, kami gunakan blog kayu
empat segi atau kotak mancis pun boleh. Lepas tu “staple” aje, tak payah guna
lidi.
Semalam
sewaktu saya jenguk blog Cik Azlita, aduss…walaupun Tepung Pelitanya cuma dalam
bekas kaca kecil, tapi tetap nampak “menggiurkan” hi hi. Lepas tu jenguk pulak
blog Kak Jee, emm, ni tak boleh jadi ni. Mana aci, saya pun nak jugak, tapi
kalau beli kat bazaar belum tentu kena dengan selera. Bazaar yang jual ni yang
betul-betul sedap pun nun…di Sg. Siput, yang jual tu pun kawan kepada kakak ipar saya Puan Razilah
jugak. Saya tengok santan kat dalam fridge masih ada ngan-ngam secawan.
Bahan-bahan yang lain memang ada stok.
Dan saya pun tak ada kuih lain yang dibuat semalam, jadi saya pun terus
cuba buat resepi ni dapat betul-betul 3 gelas kecil cukup lah untuk kami 3
orang. Lepas sejuk terus masuk fridge. Memang menyentuh qolbu betullah; lemak, dingin
pas tu bila makan cair dalam mulut..cubalah tuan-tuan & puan-puan resepi ni
pasti tidak mengecewakan walaupun bukan resepi Tepung Pelita yang ori.
By:
Rina Mohd Dom, Kajang
Lapisan
hijau
1
cawan tepung beras
1
sudu besar tepung jagung
1
cawan gula
7
cawan air daun pandan
sedikit
pewarna hijau ~ kalau warna daun pandan tidak mencukupi
Larutkan
bahan2 atas hingga sebati
kemudian
jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam
api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang.
Tepikan.
Lapisan Putih
(Santan)
¾
cawan tepung beras
½
sudu besar tepung jagung
7
cawan santan
½
sudu kecik garam
Larutkan
bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
Padam
api dan curahkan atas lapisan hijau.
Sejukkan
seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
Bahan-bahan ni memang boleh dapat banyak, tapi saya buat tak sampai separuh pun sebab santan cuma 1 cawan je ada.
Stok
Mihun pun ada banyak. Memang mihun ni saya selalunya ada stok. Bila tengok
resepi Mihun Goreng Ciliapi kat dalam blog masammanis lagi, apa lagi saya pun
terus nak cuba. Memang sedap resepi ni walaupun simple dan mudah disediakan.
Tak sampai setengah jam siap. Setuju betul dengan Cik Azlita kita. Terimakasih Ita kerana memudahkan kerja masak saya semalam untuk 2 resepi yang menarik dan ringkas. Tapi maaf ya...sebab C&P aje resepi, biasalah orang rajin ;.
MIHUN
GORENG CILI API
Dari:masammanis
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi
Bahan:
1 bungkus bihun ~ direndam dengan air dan toskan
200 gm sotong ~ dihiris nipis (saya guna ayam)
100 gm udang ~ dibuang kulit
200 gm sawi ~ dipotong pendek (saya guna salad sebab tak ada stok sayur)
200 gm kobis ~ diracik ( saya tak letak, tiada stok )
1 batang lobak merah ~ dipotong halus ( saya tak letak, tiada stok )
3 keping tauhu ~ digoreng dan hiris nipis ( saya tak letak, tiada stok )
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa - saya letak gula sedikit
Bahan Hiris atau Kisar
20 biji cili api - kalau tak suka pedas sila kurangkan
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
Masukkan sotong dan udang, kacau rata
Apabila masak masukkan garam dan air
Masukkan kubis, lobak merah,sawi dan mihun
Kacau rata hingga sebati
Gaul rata sehingga mihun lembut
Rasakan garamnya
Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi
Bahan:
1 bungkus bihun ~ direndam dengan air dan toskan
200 gm sotong ~ dihiris nipis (saya guna ayam)
100 gm udang ~ dibuang kulit
200 gm sawi ~ dipotong pendek (saya guna salad sebab tak ada stok sayur)
200 gm kobis ~ diracik ( saya tak letak, tiada stok )
1 batang lobak merah ~ dipotong halus ( saya tak letak, tiada stok )
3 keping tauhu ~ digoreng dan hiris nipis ( saya tak letak, tiada stok )
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa - saya letak gula sedikit
Bahan Hiris atau Kisar
20 biji cili api - kalau tak suka pedas sila kurangkan
3 biji cili merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
Masukkan sotong dan udang, kacau rata
Apabila masak masukkan garam dan air
Masukkan kubis, lobak merah,sawi dan mihun
Kacau rata hingga sebati
Gaul rata sehingga mihun lembut
Rasakan garamnya
Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.
Makan
Mihun aje pun tak syiok jugak. Dalam mihun dah ada ayam dan udang & saya cuma
letak sayur salad (potong nipis-nipis supaya nampak macam kobis hi hi). Terpaksa buat macam ni sebab nanti ada yang
tension nak asingkan sayur masak makan. Jadi saya pun buat lah Mix Salad supaya
lengkap nutritisi nya cewah.Simple aje. Saladnya suka hati lah nak letak sayur dan buah-buahan yang anda suka, jangan letak pucuk ubi ngan buah doyan udah le. Yang saya buat ni, kombinasi salad, brokoli,tomato ceri & strawberi. Saya tambah cili merah dan cili hijau untuk pedas.
Mix Salad Dressing
2 sudu teh olive oil
1 sudu besar cuka
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tomatoSedikit serbuk lada hitam & garam kalau suka.
Iftar
6, saya berpesta dengan buah epal. Semalam saya berpesta dengan buah tembikai lah
pulak. Masa ke supermarket, tak tahu nak beli buah apa, bila terpandang buah
tembikai, saya tengok ada yang comel lote sesuai lah untuk keluarga kecil macam
kami. Saya pun terus beli. Saya pernah kongsikan fakta tentang khasiat buah tembikai Di Sini. Setengah dari buah tu saya
juskan dan lagi setengah saya jel kan dia untuk santapan lepas Tarawih. Maka jadilah dia, jus &
jelly.
Resepi Jelly Tembikai ni saya pinjam dari JuwitaFariz yang dimuatkan oleh beliau dalam Kongsi Resepi.
Jelly Tembikai
Oleh: Juwita Fariz
Bahan Lapisan Bawah:
4 g
serbuk agar-agar ( jika inginkan lebih lembut boleh buat 3g)
400 ml air
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing dan kemanisan buah tembikai)
100 ml jus tembikai yang ditapis dari buah tembikai ( ditapis ambil air sahaja hampasnya jangan buang)
sedikit pewarna merah
400 ml air
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing dan kemanisan buah tembikai)
100 ml jus tembikai yang ditapis dari buah tembikai ( ditapis ambil air sahaja hampasnya jangan buang)
sedikit pewarna merah
Cara :
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar
didalam periuk.
* Setelah sebati masukan jus tembikai yang telah ditapis dan pewarna jika warna kurang terang.
* ketepikan sehingga sejuk sedikit dan dimasukkan kedalam acuan yang bersesuaian.
* Setelah sebati masukan jus tembikai yang telah ditapis dan pewarna jika warna kurang terang.
* ketepikan sehingga sejuk sedikit dan dimasukkan kedalam acuan yang bersesuaian.
Bahan Lapisan Atas:
2 g serbuk agar-agar
50 ml air
250 ml hampas tembikai yang ditapis
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
Cara:
* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan hampas tembikai .
* Masak sebentar dan ketepikan sehingga sejuk sedikit.
* Apabila lapisan bawah didalam acuan telah keras sedikit boleh lah dimasukkan lapisan ini.
* sejukkan didalam peti sejuk.
2 g serbuk agar-agar
50 ml air
250 ml hampas tembikai yang ditapis
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
Cara:
* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan hampas tembikai .
* Masak sebentar dan ketepikan sehingga sejuk sedikit.
* Apabila lapisan bawah didalam acuan telah keras sedikit boleh lah dimasukkan lapisan ini.
* sejukkan didalam peti sejuk.
Akhir kata salam penuh keceriaan dari saya dan semuga hari-hari yang mendatang akan menjanjikan hari yang penuh dengan kemanisan buat anda semua.
Wassalam....
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar