Fakta tentang Tembikai

Friday, July 06, 2012


Emm merah itu menawan. Lama jugak tak makan buah tembikai ni. Antara buah pencuci mulut  kegemaran saya.Ada yang kata kalau makan tembikai keterlaluan badan akan jadi panas. Betul ke? Tapi kalau nak diikutkan, apa juga yang kita makan dalam kadar yang berlebihan sebenarnya boleh menimbulkan mudharat, tak kiralah apa saja.
Berbalik kepada buah tembikai, mari kita intai sedikit khasiatnya. Nama rasmi tembikai ialah lanatus Citrullus Curcurbitacae keluarga botani dan sayur-sayuran. Ia berkaitan dengan timun, labu dan skuasy.
Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).
Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.



    Sumber: http://mypenawar.wordpress.com/2012/05/27/khasiat-tembikai-anti-kanser/

    No comments:

    Post a Comment

    Terimakasih atas komen yang segar

     
    copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS