Bazaar Ramadan 5

Thursday, July 26, 2012

Bismillah....

     Makanan yang kita makanan adalah kurniaan Allah semata. Makanan boleh terhalang dari menjadi rezeki kita bukan sahaja disebabkan kita tiada kemampuan membelinya, tetapi juga mungkin disebabkan penyakit ataupun halangan yang lain. Betapa ramai orang kaya yang tidak mampu makan sekalipun mampu membeli. Maka sebagai tanda ingatan kita atas kurniaan Allah, maka sebutlah namaNYA ketika makan. Juga bergantunglah segala harapan dan kekuatan dengan namaNYA apabila makan. Justeru kita bismillah bererti ‘dengan nama Allah daku makan ataupun minum’. Kita mengambil kekuatan dalam hidup ini daripadaNYA.
Sumber : drmaza



     Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

     Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa. Masih pening ke dok fikir apa lah agaknya nak disediakan sebagai hidangan berbuka? Tok sah pening-pening, buat aje yang simple-simple dan yang rasa-rasa boleh dinikmati bersama keluarga dan yang penting jangan membazir. Kalau terlebih buat jangan risau...ramai jiran tetangga yang boleh berkongsi...sedekahkan aje lah.

      Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya; "Sesiapa daripada kalangan Mukmin memberi makanan kepada Mukmin yang kelaparan maka Allah SWT akan memberinya makanan buah-buahan Syurga pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan Mukmin memberi minuman kepada Mukmin yang kehausan maka Allah SWT akan memberinya khamar Syurga yang termeterai bekasnya pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan Mukmin memberi pakaian kepada Mukmin yang tidak berpakaian maka Allah SWT akan memberinya pakaian Syurga yang berwarna hijau". (Riwayat al-Tirmiziy dan Abu Daud). Dalam riwayat yang lain Baginda Nabi SAW pernah ditanya tentang sedekah yang paling afdal, dijawab "Sedekah di Bulan Ramadan" (Riwayat al-Tirmiziy).
Sumber : Utusan

    Iftar kami semalam saya buat karipap daging & kuih ketayap. Saja buat dua jenis ni banyak sikit sebab nak pass kat jiran sebelah. Budaya saling bertukar juadah ni dah lama sejuk tambah-tambah duduk kat taman atau kawasan bandar ni. Ye lah, majoritinya bekerja. Mana  nak sempat masak untuk buka puasa. Seronok bila ingat bila mak suruh bagi kuih kat jiran-jiran masa kecil dulu. Duduk kat berek polis, seronok bila dapat bertukar-tukar juadah. Emm, dari satu jenis kuih boleh jadi 5-6 jenis terhidang kat atas meja. Sekarang susah nak jumpa budaya macam ni dah.
   Resepi karipap ni saya petik dari Ilhamdapur.

Karipap Daging

Bahan:

Untuk Kulit Karipap

 1 1/4 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum
100ml air
3 sudu besar minyak masak - panaskan (betul-betul panas)
sedikit garam 

Untuk Inti 

1/2 - 1 cawan daging/ayam kisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 cawan ubi kentang yang didadu
1 labu bawang besar - didadu
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari
1 batang kecil celery  - hiris nipis ( saya tak letak )
1/2sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
1/2 sudu kecil serbuk paprika ( saya tukar ke serbuk cayenne pepper sebab tak ada stok )
sedikit daun parsley - saya guna daun sop
sedikit gula dan garam secukupnya  


Cara Buat Inti:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, serbuk jintan putih, serbuk cayenne pepper dan daun kari. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau sebati.
2. Masukkan daging, balik-balikan agar daging sebati. Kemudian masukkan celery, ubi kentang dan air secukupnya. Kacau balik agar sekata dan masak sehingga ubi separuh lembut/empuk. Masukkan bawang besar dan perasakan secukup rasa.
3. Kemudian masukkan daun parsley/sup dan masak sehingga kuah kering. Siap



    Oleh kerana manis mesti ada, saya buat pulak kuih ketayap. Resepinya dari kak-rusnah fotopages. Tapi saya tak guna air untuk bancuh tepung sebaliknya saya guna susu cair dan saya tak letak telur.

KUIH KETAYAP
Bahan Inti :
2 cawan kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan
Gula merah dimasak+daun pandan+air.Bila mendidih dan sebati gula, tapiskan.
Masukkan kelapa, masak hingga separuh kering , masukkan tepung lalu dikacau
hingga pekat dan berkilat. Sejukkan

Bahan untuk Bater: 
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastard
2 cawan air daun pandan - saya ganti dengan susu cair & letak pewarna hijau.
1 biji telur - saya tak letak
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Semua bahan disebatikan dalam blender.Dadarkan dalam kuali yang dilenserkan minyak...angkat dadar dan letakkan inti di tepi dan digulung kemas.


      Yang ini kue Teow Sop Lembu.  Resepi yang nak perabih stok daging lembu dan kue teow.
Resepi sop ni saya pernah buat sebelum ni Di Sini. Saya cuma tak letak daun pandan, serai dan sayur-sayur sebab nak makan dengan kue teow.

     
Air Bandung Soda ni untuk Kiki aje. Air ni cuma campuran air bandung dan aiskrim soda dalam nisbah 1:1 dalam satu gelas. Kami minum teh tarik tongkat ali. Cuma teh tarik buat macam biasa tapi teh di rebus dulu bersama tongkat ali ( secukup rasa, kalau banyak takut pahit sangat ), tapis dan bancuh dengan susu sejat & tarikkkkkkk....Gambo tak ambik sebab tak sempat, buka nak dekat dah...hi hi. Dua hari puasa lepas rersengguk-sengguk menahan ngantuk kat surau sebab minum ais. Malam tadi, Alhamdulillah...segar sampai sudah sebab pekena teh tarik.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS