Bazaar Ramadan 4

Wednesday, July 25, 2012

 Sayang Selasihku Sayang…


   Assalamualaikum & Salam Sejahtera,   

  Semalam berbuka ngan air biji selasih lagi…dah gian pulak lah rasanya ngan air ni. Biji selasih ni pun ada jugak khasiatnya. Minum dengan ais baru sedap, tapi waktu berbuka ni bukan boleh diamalkan sangat minum ais.  Waktu Tarawih nanti gerenti tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Nak minum selasih suam emm…tak sedap pulak rasanya. Esok kena tukar air lain pulak sebelum ada yang tegur asyik siaran ulangan. Apa-apa pun mari kita selidik sikit khasiat selasih sebagai pembuka bicara hari ini.
    Biji selasih yang berwarna hitam apabila direndam dengan air akan terhasil selaput putih seperti jelly. Biji selasih biasa digunakan di dalam air minuman manis seperti kathira, sirap dan juga sebagai bahan dalam puding.
     Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di China, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.
    Biji selasih boleh dimakan bila-bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah-toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.
     Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Sumber: mypenawar

    Sebenarnya bijirin barli yang dibeli semalam ada lagi sedikit bakinya. Kalau boleh tak mau nak simpan lama-lama dalam stok. Jadi saya cuba lagi cari resepi apa lagi yang boleh diguna. Cari punya cari jumpa lah Air Kausar @ Air Selasih ni yang gunakan cordial barli dari My Resepi oleh HaSue. Tapi sebab stok barli saya ada lagi sikit saya rebus dan blend hancur ajelah barli ni dan tak gunakan kordial.

Air Kausar a.k.a Air Selasih

Bahan-bahan ( untuk 1 gelas )

Biji selasih
Kordial barli - saya guna barli yang di rebus dan dikisar hancur.
Susu pekat manis (letak ikut suka)
Gula (jika perlu)
Air sejuk
Beberapa ketul kiub ais  


Cara-cara 
  1. Sediakan gelas. Bancuh air barli dgn susu,gula dan air sejuk..
  2. Tambahkan satu sudu biji selasih ke dalam gelas tadi. Kacau rata sehingga selasih mengembang.
  3. Letak beberapa ketul kiub ais. 
Siap..., mudah aje nak menyediakannya.
     
    Stok mee ada pulak lagi sebungkus, kena habiskan juga lah minggu ni. Kali ni saya memilih untuk mencuba resepi dari Mat Gebu lagi, iaitu Mee Rebus Mudah. Emm, namanya memang mudah tapi nak buatnya agak renyah juga sebab banyak bahan yang perlu di letak. Mujur semua bahan ada dan tak perlu ke kedai. Memang saya sengaja pilih menu yang boleh habiskan stok kat fridge tu.


Mee Rebus Mudah

Bahan Kuah :

500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan*
1 inci halia, dititik*
3 ulas bawang putih, dititik*(*rebus hingga tetel lembut)
300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng dan kisar halus
1 camca besar tomato puree
3 camca besar tauco, cuci dan tumbuk halus
2 camca besar rempah kari daging
1 inci lengkuas, diketuk
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai, hiris halus*
1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
Air secukupnya (anggaran 1 liter)

Bahan lain:
Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
Tauhu, goreng dan hiris
Hirisan cili hijau dan merah
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng
Belahan limau kasturi
Telur rebus, dibelah dua

   
      
       Kiki, bila di tanya nak makan kuih apa hari ni? Jawapan klise yang selalu dia bagi "suka hati mak lah", macam abah dia lah. Apalagi yang paling senang punya kuih lah mak buat. Ha ni memang betul mudah… Kuih Sagu. Tapi lepas ni tak buat dah sebab yang dua orang tu tak berapa nak makan...terpaksalah mak habiskan bakinya.

Kuih Sagu

Bahan:

2 cawan sagu - basuh dan toskan (saya buat secawan aje, so bahan lain dikurangkan ikut secawan sagu))
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara:
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..


     Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim).

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS