Bazaar Ramadan 3

Tuesday, July 24, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

      Firman Allah swtHanyalah yang memakmurkan masjid-masjid  Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allahdan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah , maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk “( At Taubah : 9 : 18)
 
Sumber : Nordesia

Ramadan bulan yang baik mengajar diri hidup dalam kesederhanaan dan menginsafi kemampuan diri menikmati pelbagai juadah lazat berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di serata dunia. Bukan saja bersederhana dari segi pemakaian, suasana kediaman, malah pemakanan ketika berbuka juga perlu dijaga supaya tidak melampaui batas. Pembaziran juga satu perbuatan dibenci bukan saja Islam tetapi juga agama lain.

Sumber:Atuk



     Sudah hari ke-4 kita berpuasa, saya belum lagi berkesempatan berkunjung ke mana-mana bazaar Ramadan. Teringin juga nak tengok kot ada apa-apa yang baru kat bazaar tu. Tapi rasanya sama aje kot, tiada kelainan yang boleh dicuba. Semalam saya menjemput anak saudara Puan Raihan & keluarga untuk berbuka bersama-sama. Katanya, ramainya orang kat bazaar yang tak jauh dari rumah saya. Biasalah tu, minggu pertama puasa memang sarat dengan manusia kat bazaar tu. Niatnya nak beli murtabak tapi ramai sangat orang beratur, anaknya pulak meragam dan tak mau di dukung. Dari lagi lambat dia beli aje popia basah. 

    
      Oleh kerana ada tamu, saya sediakan nasi untuk berbuka semalam. Menu pilihan saya Nasi Tomato digandingkan dengan  Ayam Sambal Hutan. Jangan tanya kenapa resepinya dipanggil Ayam Sambal Hutan. Mula-mula saya ingatkan ayamnya ayam hutan tapi bila baca, bukan macam tu. Jadi terus saja saya pilih resepi ini untuk dicuba semalam.  Resepi Nasi Tomato kali ni saya cuba resepi dari Mat Gebu , manakala resepi Ayam Sambal Hutan pulak dari blog masammanis yang resepinya diambil dari by : Hjh Alijah Abdullah (dari Buku Masakan Asmah Laili). Sedap jugak gandingan kedua-dua resepi ni. 
 
NASI TOMATO

Bahan:

3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan Hiasan:

Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang peas

 Cara:
1) Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
2) Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
3) Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.
 
AYAM SAMBAL HUTAN

Bahan:

1 ekor ayam ~  di buang kulit dan lemak dan dipotong mengikut selera
2 cm lengkuas ~ dititik
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

2 sudu makan biji ketumbar
2 sudu teh jintan halus
15 tangkai lada kering ~ rendam hingga lembut
12 biji bawang merah
8 biji bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:

Gaul ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar
Panaskan  1 senduk minyak dan tumis serai dan lengkuas sehingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata
Masak hingga bahan rencah garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat
Masukkan gula dan garam secukup rasa


     Airnya pula, emm, masa singgah kat blog mokwoknik, nampak air barli campur ngan halwa kundur dan biji selasih tu cam segar sangat rasanya. Jadi saya pun terus tak teragak-agak untuk cuba. Memang segar. Habis semangkuk besar air ni kami belasah semalam. Balik tarawih pun ngulang lagi. 

AIR BARLI 
 
Bahan:

1/2 peket barli @ 3/4 cawan
1 jug air
gula secukup rasa
Ais
sedikit biji selasih yang direndam
 3 helai daun pandan
sedikit halwa kundur 

Cara:
 
Cuci bali hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga bali agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji bali tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik bali yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letas ais dan juga biji selasih serta halwa kundur. Sedia diminum.

     
         Puasa adalah salah satu dari 3 ibadah yang sama tuanya dengan usia manusia di muka bumi. Dua lagi ialah ibadah solat dan qurban. Puasa mampu mengubah manusian menjadi lebih baik. Dan baik itu selalu dikaitkan dengan cantik dan indah.  Bahkan binatang juga berpuasa untuk menjadi cantik sepertimana rama-rama berpuasa semasa proses bermetamorfosa sebelum berubah dari bentuk ulat yang hodoh dan menggelikan kepada rama-rama yang cantik dan boleh berterbangan.

Sumber: billyinfo


No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS