Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Bertemu sekali lagi di hari Isnin. Kat Ipoh ni cuaca di siang hari amat panas...tapi bila lewat petang hingga ke malam hujan lebat selebat-lebatnya. Namun tetap bersyukur dengan kurniaanNya.
Sejak akhir-akhir ni ada yang menghadapi kesukaran pada blog masing-masing. Ada yang tak boleh langsung nak buka ruang komen, nak link entry ke FB tak boleh, entry yang tak terpapar mengikut setting yang dibuat, itu belum lagi yang widget tak berfungsi atau lambat berfungsi. Macam-macam kan? Halangan-halangan macam ni lah yang kadang-kadang membuatkan mood yang memang dah ke laut langsung terbenam terus ke dasar laut tu hu.. hu..
Agaknya google ni server dah overloaded kot... Apa-apa pun selagi termampu akan diteruskan juga berblog..In Syaa Allah.
Baiklah.. hari ni nak kongsi satu lagi resepi pencuci mulut. Kat sini paling banyak dikongsikan memang pencuci mulut aje. Bukanlah bermakna tuan tanahnya tak masak benda lain selain dari pencuci mulut. Untuk makan malam selalunya masak menu yang biasa-biasa aje. Kalau masak resepi yang baru pun dah tak sempat nak bergambo sebab dah lewat petang. .
Giler...orang sibuk nak makan kita sibuk nak bergambo pulak. Tapi untuk makan tengahari, memang saya tak masak yang berat...buat seringkas yang boleh asal boleh alas perut. Tu lah sebabnya selalu tayang gambar dessert aje kat sini.
Berbalik ke resepi hari ni. Bagi rakan blogger yang dah agak lama berkecimpung dalam blogging mungkin dah biasa ngan puding ni. Resepi dari blogger yang tak asing dengan Eggless Chocolate Cake iaitu DayangJack dan dah dicuba beberapa kali oleh
Kak Nor (Secubit Garam). Kak Nor ada letak nota dalam cubaan pertamanya Di Sini untuk menggunakan gelatin pada kastad tu dilain kali tapi Kak Nor tak mention pulak pasal hasilnya pada entri kali keduanya tahun lepas. Kalau Kak Nor terbaca entri ni mungkin boleh share hasilnya ya.
Puding ni memang yummy. Ramai rakan-rakan blogger yang telah mencuba pun kata begitu. Tak rugi mencuba. Lagi pun bahan-bahannya mudah dan selalunya memang ada tersedia di dapur. Saya kongsikan resepinya di sini pulak untuk rujukan.
Antara rakan-rakan yang telah mencuba:-
Antara rakan-rakan yang telah mencuba:-
Puding
Coklat Sos Kastad
( Print resepi )
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber: K.Nor@SecubitGaram
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan Puding Coklat :
10 g serbuk agar-agar (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Larutkan
agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair
dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko,
esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke
dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuang.kan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.
Resepi ni cukup untuk 7-8 orang. Cukup untuk dua hari saya tak yah buat dessert.:)
Wassalam...




















