Puding Coklat Sos Kastad

Monday, March 18, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Bertemu sekali lagi di hari Isnin. Kat Ipoh ni cuaca di siang hari amat panas...tapi bila lewat petang hingga ke malam hujan lebat selebat-lebatnya. Namun tetap bersyukur dengan kurniaanNya.

Sejak akhir-akhir ni ada yang menghadapi kesukaran pada blog masing-masing. Ada yang tak boleh langsung nak buka ruang komen, nak link entry ke FB tak boleh, entry yang tak terpapar mengikut setting yang dibuat, itu  belum lagi yang widget tak berfungsi atau lambat berfungsi. Macam-macam kan? Halangan-halangan macam ni lah yang kadang-kadang membuatkan mood yang memang dah ke laut langsung terbenam terus ke dasar laut tu hu.. hu..

Agaknya google ni server dah overloaded kot... Apa-apa pun selagi termampu akan diteruskan juga berblog..In Syaa Allah.

Baiklah.. hari ni nak kongsi satu lagi resepi pencuci mulut. Kat sini paling banyak dikongsikan memang pencuci mulut aje. Bukanlah bermakna tuan tanahnya tak masak benda lain selain dari pencuci mulut. Untuk makan malam selalunya masak menu yang biasa-biasa aje. Kalau masak resepi yang baru pun dah tak sempat nak bergambo sebab dah lewat petang. .
 Giler...orang sibuk nak makan kita sibuk nak bergambo pulak. Tapi untuk makan tengahari, memang saya tak masak yang berat...buat seringkas yang boleh asal boleh alas perut. Tu lah sebabnya selalu tayang gambar dessert aje kat sini.

Berbalik ke resepi hari ni. Bagi rakan blogger yang dah agak lama berkecimpung dalam blogging mungkin dah biasa ngan puding ni. Resepi dari blogger yang tak asing dengan Eggless Chocolate Cake iaitu  DayangJack dan dah dicuba beberapa kali oleh
Kak Nor (Secubit Garam). Kak Nor ada letak nota dalam cubaan pertamanya Di Sini untuk menggunakan gelatin pada kastad tu dilain kali tapi Kak Nor tak mention pulak pasal hasilnya pada entri kali keduanya tahun lepas. Kalau Kak Nor terbaca entri ni mungkin boleh share hasilnya ya.


Puding ni memang yummy. Ramai rakan-rakan blogger yang telah mencuba pun kata begitu. Tak rugi mencuba. Lagi pun bahan-bahannya mudah dan selalunya memang ada tersedia di dapur. Saya kongsikan resepinya di sini pulak untuk rujukan.

Antara rakan-rakan yang telah mencuba:-


Puding Coklat Sos Kastad
Print  resepi )
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang
  Sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan Puding Coklat :

10 g serbuk agar-agar (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :

2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuang.kan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.



Resepi ni cukup untuk 7-8 orang. Cukup untuk dua hari saya tak yah buat dessert.:)

Wassalam...

15 comments:

  1. aduh sedapnya...! kena plak dgn cuaca panas cmni...

    ReplyDelete
  2. as-salam kak
    ni yg best kak..sedap dimkn puding ni sejuk2

    ReplyDelete
  3. salam mas.. mmg k.nor ada letak peringatan pd entri pertama utk letak gelatin sbb k.nor suka teksture sos kastard yg ada sedikit pejal2 dan tak cair sgt.. rasanya k.nor lupa nak mention yg k.nor tambah gelatin pd entri kedua tu.. k.nor letak tak banyak pun.. rasanya dlm 1 sudu kecil jer utk satu adunan.. kalau mas tak nak letak pun tak per kalau suka teksure sos kastard mcm yg dlm resipi asal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak nor, terimakasih...mungkin nak cuba letak gelatin lak nanti kat sos kastad tu sebab tekstur gelatin pun macam sedap gak:)

      Delete
  4. sedappnya dessert tu marsita....

    ReplyDelete
  5. nampak sedap sgt tu... !

    ReplyDelete
  6. pic cantik la kak mar..puding pun mmg nampak sedap..meh antar kt umah sikit..he hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay okay nanti hantar...no rumah berapa? hi hi

      Delete
    2. Susu cair utk buat sos kastard tu kalo dlm ml brp yer? Dn jgk gula pasir utk buat sos kastard tu guna sudu bsr ke kecik?

      Delete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS