Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

Chocolate Triffle

Wednesday, February 25, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sejak kebelakangan ni cuaca agak panas kan. Agak lama juga tak buat dessert.  Ni pun entah bila saya buat pun tak ingat...rasanya dua minggu lepas. Sedap bila makan waktu cuaca panas begini. Sejuk aje bila lalu kat anak tekak.

Resepinya saya perlolehi dari blog minah saleh. Saya olah sedikit mengikut selera dan bahan yang tersedia.

Chocolate Triffle
Sumber: Anita
Print Recipe 

Ingredients:

4 good-quality chocolate brownies (about 85g each) - saya guna biskut Oreo
 ¼ cup (60ml) Kahlua (or other coffee liqueur) - saya guna Nescafe segera
275g dark chocolate, roughly chopped
 225ml boiling water
3 egg yolks
1½ tablespoons caster sugar
 1 teaspoon cornflour
600ml thickened cream - saya guna Non UHT whipped cream
150g white chocolate, roughly chopped
¼ cup (30g) toasted chopped walnuts - saya letak almond nib
Dark chocolate curls - to decorate
Break up brownies into small pieces and place in the bottom of a 1.5 litre dish or 6 x 1 cup (250ml) serving glasses. Drizzle over the Kahlua, then set aside.

Method:

Place dark chocolate in a heatproof bowl set over a saucepan of gently simmering water (don’t let the bowl touch the water). Allow to melt, then stir very gently until smooth. Remove from heat and add 225ml boiling water, 1 tablespoon at a time, stirring to make a sauce (don’t add water more quickly or the chocolate will ‘seize’ and become grainy). Pour sauce over the brownies, then cover and chill for 2 hours.

Meanwhile, beat the egg yolks, sugar and cornflour together in a bowl with electric beaters until thick and pale.
Heat 300ml of the cream in a saucepan over medium heat until just below boiling point. Pour the hot cream mixture over the egg mixture, stirring to combine. Transfer to a clean saucepan and place over low heat. Stir for 2-3 minutes until a thick custard forms.
Place two thirds (100g) of the white chocolate in a heatproof bowl. Pour the custard into the bowl, stirring until the chocolate is melted and the mixture is well combined. Cool completely, then pour over the chocolate brownie base. Chill for 2 hours.
Place the remaining 50g of white chocolate in a food processor with the walnuts and pulse until fine. Whip the remaining cream to soft peaks, stir in the walnut mixture, then spread over the trifle. Chill for at least 2 hours until set, then serve decorated with chocolate curls, if desired.

Selamat Mencuba!

Vanilla-Strawberry- Chocolate Homemade Icecream

Thursday, October 09, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni kerap juga buat homemade icecream. Beberapa kali dah buat dengan perisa coklat,vanila  dan oreo. En. Suami dan anak suka benar dengan homemade icecream ni, tambahan dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu, aiskrim menjadi penyejuk tekak dan juga sebagai dessert. Memang berbaloi bila buat sendiri apatah lagi kandungan gula pun boleh  kita kawal. Kali ini saya buat aiskrim marble dengan tiga perisa Vanila, Coklat, dan Strawberry. Adunan ni memang dapat banyak sehingga memenuhi bekas 8x8x4 inci. Memang puas makan. Cucu saudara yang datang bertandang di Hari Raya Haji baru- baru ni pun sempat merasa. Dia pun suka, habis di jamahnya baki yang ada...Alhamdulillah...


Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream
Print Recipe

Bahan:

1 tin susu sejat
1 cwn susu full cream
4 sdb gula
4 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellette
1sdb perasa Chocolate
1 sdb perasa strawberry
1sdb essen vanilla


Wire Whisk

Cara:

Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia
 separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian.

Flat Beater

Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras.

Selamat Mencuba!

Rice Pudding @ Roz Bil Haleeb

Wednesday, October 08, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rice Pudding ini merupakan pemanis mulut yang terkenal di Timur Tengah terutamanya di bulan puasa. Resepi perkongsian dari Lydia Honey ini bukan saja sedap tapi sangat mudah disediakan serta sangat ekonomik. Saya pun tidak ketinggalan mencuba untuk berbuka kami semasa berpuasa sunat Arafah baru-baru ini. Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai😁.

Saya kongsikan resepinya di sini, tapi ada sedikit yang saya ubah mengikut bahan yang ada. Saya gunakan susu full cream@susu kotak menggantikan susu tepung dan saya abaikan penggunaan air panas. Tapi menurut Lydia kalau nak lagi lemak boleh gunakan heavy cream.


Rice Pudding (Res/Roz Bil Haleeb)

Bahan A

5 cawan air
3/4 cawan Egyptian rice( if tk de, guna je beras wangi Thailand)

Bahan B


1 cmt orange blossom water - saya ganti dgn essen vanilla
3/4 cawan susu tepung* - saya guna susu full cream , panaskan sebentar jangan sampai mendidih cukup untuk melarutkan gula
1 cawan air panas*- dibancuh bersama - saya skip
1/2 cawan gula pasir

Bahan C (garnishing)


Pistachios/ almond flakes/ kelapa kering (ikut suka) - saya letak walnut & biji bunga matahari

Dalam periuk, masak Bahan A hingga hancur seperti buat bubur nasi dengan api yang perlahan selama lebih kurang 1 jam.
Selepas nasi dah jadi seperti bubur masukan Bahan B dan gterus masak lagi hingga pekat denagn api yang paling perlahan selama 30 minit.
Sendukkan ke dalam manggkuk kecil- kecil/ hidangan.
Sedia untuk dihidangkan suam atau sejuk dengan taburan Bahan C.


Selamat Mencuba!

Kek Kopi ( Topping Cis Leleh Perisa Kopi)

Monday, September 15, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lagi entri tertunggak. Bos memang penggemar tegar kopi. Jadi terpanggil pula nak mencuba kek yang ada perisa kopi. Tak pernah buat pun sebelum ni. Dari satu blog ke satu blog saya terjah mencari resepi yang mudah. Tapi macam tak berkenan pulak dengan resepi yang ada. Akhirnya saya membuat keputusan menggunakan resepi kek span kegemaran saya ni yang cuma perlu di adjust kan bahan keringnya saja.

Kek Kopi ( Topping Cis Leleh Perisa Kopi)
Kek Span Kopi

130g tepung superfine *
  Sebungkus serbuk kopi segera* - saya guna Nescafe segera
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair
80ml mentega cair / minyak masak - saya guna minyak masak
 

Cara:

Panaskan oven 175 C.

Pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
Masukkan susu - pukul hingga adunan benar-benar gebu dan ringan.

Masukkan serbuk Nescafe dan teruskan pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati saja.
Masukkan butter cair/minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang 8x8 @ loyang bulat 9 inci  yg telah dilapik kertas dan di oles dengan mentega.
Bakar 45 min @ 175C
Bila dah masak,keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai kek selepas 5 minit. Lepas tu keluarkan kek dan terlentangkan, biar hingga sejuk.


Topping Cis Leleh Perisa Kopi

250g cream cheese
300g non UHT whipping cream - putar hingga kental, ketepikan
3/4 cwn susu pekat manis
Sebungkus serbuk kopi segera - saya guna Nescafe segera, larutkan bersama * 
 ½ cwn air suam atau susu full cream yang dipanaskan *

Cara:

Putar cream cheese hingga licin dan tak berketul. Masukkan susu pekat manis, putar lagi hingga sebati. Masukkan whip cream dan putar perlahan hingga sebati. Akhir sekali tuang perlahan-lahan air suam/ susu panas yang telah dicampur dengan kopi segera sambil teruskan putar hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.  Simpan dalam peti sejuk sehingga nak diguna.

Cara menyediakan kek:

Potong kek kepada dua lapisan, letak lapisan pertama atas alas kek atau bekas yang disukai. Tuang cis leleh perisa kopi. Letak lapisan kek yang kedua. Curah selebih cis leleh tadi ke seluruh kek. Sejukkan dalam peti ais. Kek enak dimakan sejuk. 

Boleh tahan rasanya. Bos pun suka, anak dia pun suka :)

Selamat Mencuba!

Kek Coklat Kastad topping Coklat Keju Leleh

Thursday, September 11, 2014



 Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Entri tertunggak lagi nampaknya. Kek yang dah lama habis ni saya buat sebab kebetulan ada lebihan kek span coklat. Tak tahu nak buat apa. Timbul idea kek coklat kastad. Resepi Kastad Coklat nya saya skodeng dari blog Syapex Kitchen , manakala resepi Coklat Keju Leleh tu saya olah ikut citarasa sendiri. Untuk kek span coklat pulak saya guna resepi kegemaran saya. Jadi bila ada yang di olah sendiri tu, ambik masa sikit nak menaipnya.

Kek ni rasanya tak terlalu manis, "Macam aiskrim rasa dia, mak" kata anak bujang. Tak hairanlah kejap benar dah selesai. Kalau ada yang nak mencuba jom tengok resepinya.

.

Kek Coklat Kastad
Print Recipe
(untuk Kek Coklat Kastad ini saya guna separuh dari resepi kek ini)

Kek Span Asas Coklat/Vanila/Pandan/Oren

110g tepung superfine *
40g serbuk koko *
1sk baking powder * diayak
150g gula kastor (saya guna gula halus)
5 biji telur A
1sb ovalete
80ml air / susu cair (saya guna air)
80ml mentega cair / minyak masak (saya guna minyak masak)


Panaskan oven 175 C.
Pukul telur + gula + ovalete + campuran tepung hingga kembang dan gebu
  Masukkan air - pukul hingga adunan benar-benar gebu dan ringan
Masukkan minyak,kaup balik dgn senduk hingga sebati
  Tuang ke dalam loyang 8x8 @ loyang bulat 9 inci (saya guna 8x8) yg telah dilapik kertas
Bakar 45 min @ 175C
Dah masak,keluarkan dr oven dan terbalikkan atas redai kek selepas 5 minit. Lepas tu keluarkan kek dan terlentangkan,biar hingga sejuk

****Jika nak buat kek span vanila..tukarkan sahaja kuantiti tepung kpd 150g dan koko tak payah letak serta tambah 1sk serbuk vanila.
****Jika nak buat kek span pandan / oren...tukar kuantiti tepung kepada 150g dan koko tak payah letak serta 80ml air tukarkan kpd 80ml jus pandan/jus oren.

Sementara kek masak boleh sediakan kastad coklat dan coklat cheese topping.

Kastad Coklat

Bahan:

500 ml susu cair
1/2 cawan gula kastor
1 sdt agar-agarserbuk
50 gm tepung Hoen Kwe warna putih
Secubit garam
1 sudu makan serbuk koko

Cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau dengan whisk hingga adunan likat.Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

Coklat Keju Leleh

125g cream cheese
200g non UHT whipping cream - putar hingga kental, ketepikan
½ cwn susu pekat manis
100g coklat masakan - cairkan dengan kaedah double boiler, ketepikan
¼- ½ cwn air suam atau susu full cream

Cara:

Putar cream cheese hingga licin dan tak berketul. Masukkan susu pekat manis, putar lagi hingga sebati. Masukkan coklat masakan, putar lagi. Masukkan whip cream dan putar perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan air suam perlahan-lahan sambil teruskan putar hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Kalau suka lemak lagi boleh ganti dengan susu full cream. Simpan dalam peti sejuk hingga nak diguna.

Cara melapis kek:

Sediakan loyang (saya guna loyang 7 inci). Lapik dasar loyang dengan plastik dan lebihkan keratan plastik hingga ke permukaan loyang supaya senang nak keluarkan kek dari loyang. Kalau guna loyang spring foam, tak perlu letak plastik.
Ambil sekeping kek letak di atas loyang.
Kemudian tuang sedikit kastad dan ratakan. Letakkan lapisan kek yang kedua.Curahkan lebihan kastad ke atas lapisan kedua.
Simpan sejam di dalam peti sejuk supaya kastad mengeras sedikit.
Keluarkan kek dari loyang dan pindahkan ke dalam bekas yang disukai, dan tuangkan cheese topping. Masukkan semula dalam peti sejuk beberapa jam. Boleh tabur dengan serbuk coklat sebelum dihidang. Kek ni sedap dimakan sejuk.
 
Selamat Mencuba!

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS