Showing posts with label SARAPAN. Show all posts
Showing posts with label SARAPAN. Show all posts

Roti Canai

Monday, May 18, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sudah beberapa kali saya buat roti canai dari resepi ini tapi belum pernah kongsi di sini. Kali ini saya kongsikan. Resepi saya perolehi dari blog Ika. Sumber asal dari blog Hana dan resepi asalnya pula dari Niceghost FNR (maaf kerana tiada link).

Selalunya saya buat roti canai kalau ada lebihan kari ayam/daging dari semalamnya. Memang selalunya saya sengaja lebihkan kuah kalau buat kari ayam/daging. Memang puas hati dan berbaloi-baloi bila buat roti canai sendiri. Di samping menjimatkan, kita juga boleh mengawal kolestrol dengan menggantikan bahan-bahan yang lebih sihat seperti menggantikan minyak masak kepada minyak zaitun atau minyak sayuran. Okay, terus saja ke resepinya.

Roti Canai
Sumber: Ika
Bahan-bahan 3 cawan tepung gadum 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening Garam secukup rasa 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola Cara-cara Air + garam + susu = di kacau = Bahan A Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin. Campur minyak masak Campur marjerin Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit. Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai) Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu. PETUA utk buat roti canai: 1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak 2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis 3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Print Recipe 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gadum
1 hingga 1 1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak - saya guna minyak zaitun

Cara-cara

Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
Bahan A di campur sedikit demi sedikit dengan tepong (uli cara manual). Tapi campur semua kalau menggunakan mesin.
Campur minyak masak.
Campur marjerin.
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di uli, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan 30 minit.
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai )
Dan saluti dengan marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(saya salut dengan minyak)
Tutup dengan tuala atau plastik wrap dan tinggalkan selama 2 jam atau semalaman.
Siap untuk ditebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing. (Saya buat style sanggul).
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai  guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.

PETUA untuk buat roti canai:

1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu LEMBUT sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
  
Bahan-bahan 3 cawan tepung gadum 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening Garam secukup rasa 2 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola Cara-cara Air + garam + susu = di kacau = Bahan A Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin. Campur minyak masak Campur marjerin Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit. Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai) Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu. PETUA utk buat roti canai: 1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak 2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis 3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

Copy and WIN : http://ow.ly/KNIC\

Emm, memang puas hati dan suka dengan resepi ini. Mudah aje...Apalagi jom kita buat roti canai sendiri!

Selamat Mencuba!

Butter Sugar Cheese Roll Bread

Wednesday, May 13, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dulu saya buat Cinnamon Pull Apart Bread Di Sini. Saya cuma buat sebahagian doh. Baki sebahagian lagi saya buat Butter Sugar Cheese Roll Bread ni.
Sedap jugak di tekak kami.

Saya kongsikan resepi inti dan cara nak assemble nya saja ya. Resepi doh ada di link di atas atau boleh juga guna mana-mana resepi bun manis kalau tak mahu guna resepi yang tersebut.

 Untuk Inti:
3 sb mentega dicairkan
1/2 cawan gula
1 cwn campuran cheddar & mozarella cheese

Satu bahagian doh dicanai nipis. Oleskan mentega cair di seluruh permukaan.
Taburkan gula diseluruh permukaan diikuti dengan 3/4 cwn campuran cheese tadi. Gulung kemas-kemas dan potong kepada 9 bahagian. Susun menegak dalam loaf pan bersaiz 9x5 inci. Tutup dengan tuala dan biarkan naik lagi selama 45-60 min. Sapu permukaan doh dengan susu, taburkan 1/4 lagi baki cheese tadi.
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu selama 35-30 minit , 170C atau sehingga keperangan.

Selamat Mencuba!

Cinnamon Pull Apart Bread

Tuesday, May 05, 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lamanya tak ke udara...begitulah bila mood kejap ada kejap tak ada macam Chipsmore..tapi Chipsmore pun sentiasa ada jual di pasaraya kan, haha! 
Kami sekeluarga memang sukakan Cinnamon Bread. Anak bujang saya pun turut menggemarinya. Sebab roti ni laku, saya memang suka buat. Ada beberapa versi yang saya pernah buat. Versi gulung tu dah beberapa kali saya buat tapi belum pernah kongsi di sini, versi yang ada glaze, kali ni saya buat versi yang kena tarik-tarik bila nak makan ni. Namanya Pull Apart Bread. Resepi ni dah lama saya simpan dari blog Secubit Garam milik Kak Noor. Resepi asalnya dari Joy the Baker.  Memang sedap. Kita terus saja ke resepinya. Hari ni saya baik-hati dan terlebih rajin saya sertakan sekali step by step cara nak assemble rotinya. Resepi ini boleh dapat 2 biji roti bersaiz 9x5, tapi saya bagi kepada 2 bahagian. Yang satu bahagian lagi saya buat Roti Butter Sugar Cheese Roll yang akan saya kongsikan di entri yang lain.

Cinnamon Pull Apart Bread
Source: Kak Noor

Untuk Doh:

2 3/4 cwn + 2 tbs tepung gandum
1/4 cwn gula kasar
2 1/4 sdt yis kering
1/2 sdt garam
4 sdb mentega
1/3 cwn susu penuh krim
1/4 cwn air
2 biji telur (saiz A)
1 sdt esen vanila

Untuk Inti/Filling:
1 cup gula kasar - saya letak 3/4 cwn
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - saya tak letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi perang

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan  2 cwn tepung, sugar, yis dan garam. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam periuk, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan esen vanila. Biarkan campuran sehingga suam-suam kuku.
Tuangkan campuran susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan baki  3/4 cwn tepung dan uli sehingga sebati. Doh agak melekit. Masukkan doh ke dalam mangkuk besar yang telah di gris dengan mentega/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda.

Nota : Doh yang dah naik boleh juga disimpan di dalam peti sejuk semalaman dan diguna keesokan hari kalau nak buat untuk sarapan.

Sementara menunggu doh naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. Ketepikan.

Bila doh dah naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk kan doh untuk membuang angin. Bolehlah dicanai untuk dibentuk dan assemble. Cara nak assemble seperti dalam gambar di bawah:-

1) Canaikan doh selebar 12x18 inci.
2) Sapukan dengan brown butter dan taburkan campuran filling tadi.
3) Potong memanjang sebanyak 6 keping. Tindihkan dan potong lagi menjadi 6 kepingan kecil.
4) Aturkan dalam loaf pan bersaiz 9x5 inci yang telah digris dengan mentega. Biarkan doh naik lagi. (Saya proofkan selama 45 minit).
Bakar selama 170C selama 35-40 minit atau sehingga atasnya betul-betul perang.
5) Sejukkan di atas redai selama 20-30 minit sebelum di nikmati bersama secawan kopi panas. Enaknya!!

Selamat Mencuba!

Ketupat Goreng - my style

Monday, October 13, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama juga nampak rakan-rakan blogger menayang ketupat goreng ni, yang pada masa tu agak asing bagi saya. Teringin juga mencuba tapi tidak berkesempatan. Baru-baru ni saya buat ketupat bersama lontong untuk hidangan Raya Haji. Ada lebihan ketupat dua bungkus lagi yang berzaiz 160 g. Kali ini dengan izinNya, saya berpeluang mencuba. Saya cuma buat sebungkus saja, sebungkus ni pun boleh makan untuk tiga orang.

Rencahnya saya guna apa yang ada di dalam peti ais saja. Jom intai Ketupat Goreng cara saya:

Ketupat Goreng ( untuk 3 orang makan )

Bahan:

Sebungkus ketupat nasi (berat 160g) yang dah direbus - dipotong dadu (saiz ikut suka, saya suka kecil-kecil)
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sdb udang kering * - rendam sebentar, basuh dan toskan
3 sdb cili merah kisar
Semangkuk kecil daging batang pinang yang di hiris nipis - nak letak ayam, sotong @ udang pun boleh
Serumpun sawi - basuh dan potong
Daun sop dan cili merah untuk hiasan
2 sdb kicap manis 
1 sdb sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
3 biji telur - goreng "sunny side up" @ goreng telur separuh masak tanpa dibalikkan

Cara:

Kisar semua bahan bertanda *.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan * yang dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Goreng hingga daging empuk. Kalau perlu masukkan air sedikit. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Masukkan ketupat dan gaul sebati . Masukkan sawi dan kacau sekejap. Sesuaikan rasa. Dah okay, boleh padamkan api dan hidangkan dengan telur mata lembu separuh masak. 

Ketupat goreng ni lebih sedap di makan sewaktu ia masih panas..Kena pulak dengan lelehan telur kuning tu memang mengancam. Makan dengan sambal belacan atau ciliapi kicap...pergh!!!

Selamat Mencuba!

Potato Fritters

Friday, October 10, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Beberapa kali dah buat potato fritters ni. Bagi saya ianya menu yang sesuai di makan pada bila-bila masa. Sebelum ni potato fritters yang saya kongsikan resepinya Di Sini, saya masukkan pelbagai jenis herba. Memang wangilah baunya bila digoreng. Kali ni saya gunakan resepi yang biasa yang menjadi viral di FB sejak akhir-akhir ni.

Potato Fritters/Cucur Kentang
Print Recipe

Bahan:

4-5 bj kentang - hiris/sagat halus
1 bj cili merah - hiris halus
Daun bawang @ daun kucai - racik
Serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
5 sdb tepung jagung
4 sdb tepung gandum
1 bj telur gred A
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

Campurkan semua bahan kecuali minyak dan gaul hingga sebati. Tak perlu air, sebab ubi kentang pun dah mengandungi air.

Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam, sudukan adunan bila minyak cukup panas. Goreng hingga garing dan keperangan. Makan bersama sos kesukaan atau enak dimakan begitu saja.

Selamat Mencuba!

Murtabak Maggi Special

Saturday, October 04, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Saya ada dua bungkus maggi Big Kari serta secawan pasta penne lebihan buat
 Pasta Frittata tempoh hari. Dah lama si bujang minta dibuat murtabak maggi. "Nantilah mak buat", kata saya. Saya ada pasta ni yang tak tahu nak buat apa...maggi pulak dua bungkus aje, kalau buat murtabak maggi aje mesti tak cukup ni nanti. Sudahnya saya tanya pada si bujang kalau campur pasta dalam murtabak maggi boleh ke? Bila dia kata okay, saya terus buat untuk
sarapan kami Ahad lepas.

Tak sangka banyak jugak dapatnya. Penuh kuali. Rasa pun boleh tahan, sampai berulang-ulang dia makan.

Murtabak Maggi Special
Print Recipe 

Bahan:

2 bungkus maggi Big Kari - simpan perasanya
1 cwn pasta penne
7 biji telur gred A
4-5 batang crab stick - hiris
Sedikit bell pepper - hiris
2 bj cili api - hiris ( optional )
2 tangkai daun thyme - hiris kasar
2 tangkai daun Oregano - hiris kasar

Cara:

Didihkan air dalam periuk dan masukkan garam dan sedikit minyak. Rebus pasta hingga separuh empuk dalam 5 minit. Masukkan pula maggi dan teruskan rebus hingga kedua-duanya empuk selama lagi 3 minit. Toskan dan simpan sedikit air rebusan. Biarkan sejuk.

Dalam mangkuk, satukan telur dan dua sudu besar air rebusan tadi, kacau sehingga sebati sahaja.
Masukkan campuran maggi dan pasta serta semua bahan termasuk perasa maggi, kecuali minyak zaitun. Perasakan dengan garam.

Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuangkan campuran maggi dan pasta tadi, dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.
Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan murtabak ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Selamat mencuba!

Pasta Penne Frittata

Saturday, September 27, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Giada@Home adalah antara program masak luar negara yang paling saya gemari selain Barefoot Contessa dan Kelly's Essential. I can watch the same show over and over again, tanpa jemu. Selain  masakan simple yang menarik, serta cara penyampaian yang santai, tools & essential yang digunakan menyebabkan saya terus terpaku dan menonton sampai tak berkelip mata :)

Resepi Pasta Penne Frittata yang mudah ini adalah salah satu resepi dari program masakan Giada@Home. Sesuai untuk sarapan dan juga sebagai juadah minum petang atau comfort food pun boleh. Sebagai side dish untuk lunch or dinner juga sesuai. Fleksible kan?

Ada beberapa jenis pasta penne di pasaran. Ada yang gemuk pendek, ada yang bergerigi dan ada yang kurus panjang. Untuk resepi ini saya menggunakan penne yang bersaiz kurus panjang macam gambar 2. Terpulanglah kepada anda nak guna yang mana satu.

Okay kita terus saja ke resepinya.

Pasta Penne Frittata
Resepi asal : Giada de Laurentiis
Diolah semula: Marsita

Bahan:
Print Recipe
 
6 bj telur
3 sdb heavy cream - saya guna susu penuh krim/susu kotak
1 cwn keju parmesan - saya guna mozarella
3 cwn pasta penne yang dah dimasak dan disejukkan
3 sdt thyme segar - cincang 

2 sdb daun parsely - saya x letak
  3sdt oregano - cincang ( saya tambah )

2 tangkai rosemary - cincang (saya tambah)
½  biji bell pepper - cincang (saya tambah)
1 bj lemon – sagat kulitnya saja
1/2 sdt garam halus
1/2 sdt serbuk lada hitam 
1/2 sdt serbuk lada sulah - saya tambah 
2 sdb minyak zaitun - untuk menggoreng

Cara:

Dalam mangkuk, satukan telur dan susu cair kacau sehingga sebati sahaja.
Masukkan pasta penne dan semua bahan kecuali minyak zaitun.
.
Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuaangkan campuran pasta tadi dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.
Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan frittata ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Taburkan dengan sedikit thyme segar dan boleh dimakan panas atau sejuk.

Nota:

Anda boleh guna apa saja jenis herba yang  ada di dapur. Tak semestinya herba yang saya gunakan di atas, seperti daun bawang, daun kucai dan sebagainya. Jika anda kurang faham dengan cara memasak yang saya terangkan di atas, anda boleh ke SINI untuk video step by step cara penyediaannya. Pastikan anda letak enough seasoning (garam dan serbuk lada hitam serta lada sulah ya)...sebab pasta penne tu tak ada rasa langsung, kalau tak cukup seasoning nanti rasa dia jadi bland atau hambar. Tak syiok...

Selamat Mencuba!

Braided Pizza

Wednesday, June 18, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Tak ada idea nak buat apa untuk sarapan? Boleh cuba Braided Pizza ni. 
Senang aje nak menyediakannya. Cara nak menyediakan doh piza sila rujuk SINI.

Sementara tunggu doh naik, boleh sediakan intinya. 

Bahan untuk inti:

3 sosej ayam/daging - hiris kasar
1 ulas bawang putih - dicincang
2 biji telur gred A - perasakan sedikit garam & kocak-kocakkan, ketepikan
2 tangkai oregano segar - cincang kasar
secawan cheese mozarella
Sos Cili
Sedikit Chili flakes

Cara:

Panaskan kuali dan pijarkan sedikit minyak masak, masukkan bawang putih, dan tumis hingga naik bau. Masukkan sosej. Masukkan telur dan oregano, tutup kuali dan biarkan hingga telur masak. Api perlahan aje ya...nanti hangus lak telur tu. Angkat dan ketepikan

Saya terlupa lak nak snap gambar semasa menyediakan Braided Pizza ni jadi
saya titipkan link  Ini untuk cara menyediakannya. Resepi doh yang saya gunakan boleh dapat 2 braided pizza. Jadi anda boleh sama ada gandakan bahan untuk inti di atas untuk dua piza atau boleh gantikan satu lagi dengan Bluberry filling bersama choc chip macam yang saya buat.
Untuk piza inti sosej di atas, bila dah canaikan doh, sudukan inti, taburkan chili flakes, taburkan mozarella cheese dan picitkan sos. Bila dah siap, sapukan dengan egg wash dan
bakar pada suhu oven 170 C selama 35-40 minit atau hingga keperangan.

 Selamat mencuba!

Set Roti Canai Sempoi!

Monday, May 26, 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ini kali ke dua mencuba roti canai from scratch sekali dengan kawan-kawannya Kuah Dhal dan sambal tomeh macam yang kita makan kat kodai mamak tu. Kali pertama buat roti canai saya menggunakan resepi yang lain. Tapi tak berapa memuaskan hati, bukan salah resepi tu tapi salah cara menguli. Kali kedua ni saya gunakan resepi yang lebih kurang sama tapi teknik menguli yang berbeza. Kalau nak tahu terus aje ke resepinya di bawah sana.

Roti Canai
Sumber : Joayee Myresepi

Print Recipe

Bahan:
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara:

Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size. Sapu dgn majerin perap selama 3jam atau lebih. (saya perap dalam sedikit minyak masak) Dan boleh di kibar atau di tarik2.
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.

Resepi kuah Dal ni pun resepi yang saya suka sebab bukan saja sedap bahkan mudah saja nak menyediakannya. Selalunya kalau cuma kami bertiga saja, saya buat separuh saja dari resepi di bawah. Terimakasih Irni atas resepinya, saya kongsikan di sini pula ya.
 
Kuah Dal Simple
Sumber : Irni Maizura:
(saya buat separuh dari resepi ini)
 
BAHAN UTAMA
1 MANGKUK KACANG DAL DIRENDAM SEMALAM..KEESOKAN HARINYA DICUCI N DITOS..
REBUS KACANG DAL SEHINGGA EMPOK

BAHAN2 A
2 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BAWANG PUTIH
2 SUDU UDANG KERING
BAHAN2 DIATAS HARUSLAH DIKISAR HALUS

BAHAN B
5 BIJI LADA KERING DI KERAT 4 (DICUCI DAHULU)
1-2 TANGKAI DAUN KARI
1-2 SUDU BIJI SAWI
1SUDU JINTAN HALUS
GARAM SECUKUP RASA
GULA SEDIKIT
1-2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT. (IKUT KEKUNINGAN PANDAILAH AGAK2 OK)

BAHAN C
SEDIKIT KACANG PANJANG..(KALAU SUKA BOLEH LETAK) DIPOTONG SDANG2
CARA MEMBUATNYA
TUMIS BAHAN A SEHINGGA AGAK2 GARING SEDIKIT.PADAM KAN API MASUKAN
DAUN KARI

MASUKAN BAHAN2 TUMISAN KEDALAM PERIUK DAL YG DIREBUS TADI.
BILA KUAH SUDAH KERING MASUKAN AIR LAGI AIR..AGAK..JGN PEKAT2 DAL TU

MASUKAN LADA KERING, BIJI SAWI, SERBUK KUNYIT, GARAM SECUKUP RASA, SEDIKIT
GULA, JINTAN HALUS..MASAKAN SEHINGGA KUAH DAL TU SEDAP N SEMUA
CUKUP RASA.

LAST SEKALI MASUKAN KACANG PANJANG, HASIL KUAH TU MESTILAH CAIR2
SEDIKIT, JGN PEKAT2 SANGAT..
KUAH DAL TU MAKAN MESTI BERSAMA2 SAMBAL TUMIS BARU SODAP!!!
CECAH ROTI CANAI..KOMPOM ABANG SUKA..CAM KEDAI RASANYA..

  Ini pula resepi sambal tumis yang sejak saya cuba, terus terpikat. Bukan saja sedap malah mudah saja nak menyediakannya. Agaknya sebab itulah tuanpunya resepinya menamakannya Sambal Tumis Koboi.

Sambal Tomeh Koboi
Sumber : Zalina Yahaya
 
Bahan:A
3 ulas bawang besaq (lebih pun tak pa)
5 ulas bawang putih (lebih pun tak pa)

Bahan B:
3 sudu besaq cili bo (saya tak kosa nak rebuih cabai kering pastu nak mesin plak..tak kosa)
Tips:
saya guna cili bo cap Maz (bukan sebab senior vice presiden saya nama kak Mas yea..tapi sebab saya TERDENGAR perbualan tokey-tokey kedai nasik lemak masa saya tengah beli barang runcit. Depa kata cili bo cap Maz ni merah dia cantik. Maka saya pun beli.

Bahan C:
Asam jawa (sebesar teloq kuning gred A - rendam angan ayaq)

BahanD:
1 camca besar gula
1 camca teh garam
(tak cukup tambah laa)

Bahan E :
Ikan bilis

Cara:

1. Hiris bawang. Tak yah nak buat rajin nak guna blender.
2. Tomih bawang. Minyak banyak sket pun tak pa. Biaq layu sket
3. Boh cili bo
4. Tutup kuali. Kacau sekali sekali sampai bawang hancur. Api slow. Memang lama sket...klu boring, sila layan FB
5. Bila bawang dah hancoq, boh la ayaq asam. Kacau lagi sampai pecah minyak
6. Boh perasa. Boh ikan bilis. Siappppp

Emm, ketiga-tiga menu ni kalau digandingkan memang sedap...tapi tak boleh makan selalu ye..

Selamat Mencuba!

copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS