Showing posts with label COMFORT FOOD. Show all posts
Showing posts with label COMFORT FOOD. Show all posts

Cinnamon Sticky Bun

Monday, May 25, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Kami sekeluarga memang minat dengan Roti Cinnamon.  Tapi Cinnamon Sticky ni baru kali kedua saya buat. Memang sedap...tapi tak boleh makan selalu...nanti kencing manis pulak.

Resepi yang saya cuba ni ialah resepi dari salah seorang pastry chef kegemaran saya, Anna Olson. Suka tengok bila dia beraksi di kaca TV dalam rancangan Sugar, Fresh with Anna Olson dan Bake with Anna Olson. Resepi yang satu ni dari rancangan Bake with Anna Olson. Banyak juga ilmu serta tips yang boleh dipelajari dalam bidang kulinari melalui rancangan di rangkaian AFC ni.

Okey, mari kita semak resepinya ya!


Cinnamon Sticky Bun
Sumber: Anna Olson

Dough
1 ¼ cup 2% milk, just above body temperature (105 F)
2 ¼ tsp (1 pkg) instant dry yeast
¼ cup sugar
1 large egg at room temperature
¼ cup unsalted butter, melted
3 ½ cup all-purpose flour
¾ tsp salt

Goo
½ cup unsalted butter
1 cup packed light brown sugar
½ cup maple syrup - saya ganti dengan susu full cream

Filling & Assembly
⅔ cup packed light brown sugar
1 Tbsp ground cinnamon
3 Tbsp unsalted butter, melted


Directions:

Dough
1. For the dough, measure all the ingredients into a bowl and stir with a wooden spoon, or blend in a stand mixer fitted with the hook attachment until evenly combined. If mixing by hand, turn the dough out onto a work surface and knead until smooth, about 5 minutes, or if in a mixer, knead for about 3 minutes. Transfer the dough to an oiled bowl, cover with plastic wrap and let rise until doubled in size, 90 minutes to 2 hours.

Goo
1. For the goo, add the butter, brown sugar and maple syrup in a saucepan over medium heat, stirring until melted and the mixture is bubbling. Pour this into a greased 9-x-13-inch pan the prepared pan and set aside.

Filling & Assembly
1. For the filling, stir the brown sugar and cinnamon together and set aside. Have the melted butter ready.
2. Turn the risen dough onto a lightly floured surface and roll it out into a rectangle about 18-x-12 inches. Brush the entire surface of the dough with the melted butter and sprinkle with the cinnamon brown sugar mixture. Roll up the dough from the longer side and then cut the roll into 12 pieces. Place these into the prepared pan, evenly spaced, cover with plastic wrap or tea towel and let rise for an hour.
3. Preheat the oven to 350 F (175 F). Uncover the risen sticky buns and bake them for 40-45 minutes, until they are a rich golden brown (Saya bakar pada 170 F api bawah selama 25  minit, dan sambung selama 20 minit lagi dengan api atas-bawah).  It is recommended to cool the sticky buns for 15 minutes in the pan before inverting to serve.
4. The sticky buns are best served the day they are baked. 

Tips:
Tip: If you want to enjoy the sticky buns first thing in the morning, prepare the buns to the point of cutting the dough and putting them in the goo in the pan, then cover and place in the fridge overnight. Take the buns straight from the fridge and place in a cold oven. Set the temperature to 350 F and bake for 45 minutes. By the time the oven gets to temperature, the buns will have raised the perfect amount.



Selamat Mencuba!

Mexican Bun aka Roti Boy

Friday, May 22, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mexican Bun, Roti Boy, Papa Roti, Coffee Bun, mempunyai nama yang berbeza tetapi kesemuanya adalah roti yang sama.Topping yang berperisa kopi, siapa yang mampu menolak kalau di jamu dengan roti ini. Kanak-kanak pun suka inikan pula orang dewasa macam kita.
 Kali ke dua mencuba Roti Boy atau Mexican Bun ini. Kali pertama saya mencuba resepi yang berbeza sedikit untuk inti dan toppingnya barangkali, tapi tak berkesempatan nak dikongsi di sini. Kali ini saya mencuba resepi dari blog ABM pula. Emm, harum semerbak baunya memenuhi rumah semasa membakar. Anak pun suka kalau saya buat roti ni. Apa yang wangi ni mak, tanyanya.
Akak kongsikan resepinya di sini ya Alif. 


Roti Boy
Sumber: AlifIskandar

Bahan: untuk 12 ketul

Bahan filling:
50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)

Bahan topping:
50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi (saya guna nescafe) - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum

Bahan doh roti:
250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - saya guna GR superbake
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45 atau suhu badan
30g mentega - disuhu bilik

Cara:

Filling:
1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping:
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh roti:
1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
2. Didalam mixer (nak guna tangan pon boleh), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit).
4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

Langkah Seterusnya :
1. Ambil doh yg diperap tadi.
2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti ke dalamnya.
4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya.
7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. Ikut oven masing2.
8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.


Jom makan roti bun dengan kopi panas?!

Selamat Mencuba!

Roti Sarang Lebah

Wednesday, May 20, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama mencuba Roti Sarang Lebah aka Behives Bun yang enak dimakan bersama sos butterscotch ni. Dah beberapa kali pun membuatnya, dari resepi yang sama yang pernah mencetuskan fenomena dikalangan food blogger  dan juga di FB. Malah ada yang menjadikan roti dari resepi Lydia Honey yang berada nun jauh di Kuwait ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Memang sedap roti yang lembut dan moist teksture nya ini. Di tambah pula dengan sos butterscotch yang lemak berkrim tu...emmm....enak bangat. Walaupun roti disimpan bersama sos di atasnya untuk beberapa jam ianya masih sedap dan rotinya tidak kembang. Masih lembut dan enak. 


Roti Sarang Lebah
Sumber : Yati
Resepi asal: Lydia Honey  
Print Recipe

Bahan utk Doh:

2 cawan tepung gandum * boleh campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-
**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

Saya pernah mencuba beberapa jenis resepi sos butterscotch dan yang paling saya gemari adalah resepi perkongsian dari Dapur Mas kerana rasanya tak begitu manis serta teksture nya lembut bak sutera.
 

Sos Butterscotch
Sumber: Dapur Mas

Bahan :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)

Cara :

Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong. Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat. Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi.
 
Selamat Mencuba!

Cinnamon Pull Apart Bread

Tuesday, May 05, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lamanya tak ke udara...begitulah bila mood kejap ada kejap tak ada macam Chipsmore..tapi Chipsmore pun sentiasa ada jual di pasaraya kan, haha! 
Kami sekeluarga memang sukakan Cinnamon Bread. Anak bujang saya pun turut menggemarinya. Sebab roti ni laku, saya memang suka buat. Ada beberapa versi yang saya pernah buat. Versi gulung tu dah beberapa kali saya buat tapi belum pernah kongsi di sini, versi yang ada glaze, kali ni saya buat versi yang kena tarik-tarik bila nak makan ni. Namanya Pull Apart Bread. Resepi ni dah lama saya simpan dari blog Secubit Garam milik Kak Noor. Resepi asalnya dari Joy the Baker.  Memang sedap. Kita terus saja ke resepinya. Hari ni saya baik-hati dan terlebih rajin saya sertakan sekali step by step cara nak assemble rotinya. Resepi ini boleh dapat 2 biji roti bersaiz 9x5, tapi saya bagi kepada 2 bahagian. Yang satu bahagian lagi saya buat Roti Butter Sugar Cheese Roll yang akan saya kongsikan di entri yang lain.


Cinnamon Pull Apart Bread
Source: Kak Noor

Untuk Doh:

2 3/4 cwn + 2 tbs tepung gandum
1/4 cwn gula kasar
2 1/4 sdt yis kering
1/2 sdt garam
4 sdb mentega
1/3 cwn susu penuh krim
1/4 cwn air
2 biji telur (saiz A)
1 sdt esen vanila

Untuk Inti/Filling:
1 cup gula kasar - saya letak 3/4 cwn
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - saya tak letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi perang

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan  2 cwn tepung, sugar, yis dan garam. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam periuk, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan esen vanila. Biarkan campuran sehingga suam-suam kuku.
Tuangkan campuran susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan baki  3/4 cwn tepung dan uli sehingga sebati. Doh agak melekit. Masukkan doh ke dalam mangkuk besar yang telah di gris dengan mentega/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda.

Nota : Doh yang dah naik boleh juga disimpan di dalam peti sejuk semalaman dan diguna keesokan hari kalau nak buat untuk sarapan.

Sementara menunggu doh naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. Ketepikan.

Bila doh dah naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk kan doh untuk membuang angin. Bolehlah dicanai untuk dibentuk dan assemble. Cara nak assemble seperti dalam gambar di bawah:-


1) Canaikan doh selebar 12x18 inci.
2) Sapukan dengan brown butter dan taburkan campuran filling tadi.
3) Potong memanjang sebanyak 6 keping. Tindihkan dan potong lagi menjadi 6 kepingan kecil.
4) Aturkan dalam loaf pan bersaiz 9x5 inci yang telah digris dengan mentega. Biarkan doh naik lagi. (Saya proofkan selama 45 minit).
Bakar selama 170C selama 35-40 minit atau sehingga atasnya betul-betul perang.
5) Sejukkan di atas redai selama 20-30 minit sebelum di nikmati bersama secawan kopi panas. Enaknya!!

Selamat Mencuba!

Steamboat ala Johnny's

Monday, October 27, 2014


 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak beli gadget untuk Steamboat & Grilled ni baru sekali aje saya guna. Haa...dah tak tahan degan perlian dari si bujang ngan bapak dia, saya pun menyahut cabaran nak buat steamboat ala-ala kat Johnny's tu. Siapa yang pernah makan steamboat kat situ mesti tahu betapa ciputnya serving quantity dia kan...Kalau yang berkeluarga besar tu aduyai berapa pulak harga yang mesti dibayar untuk menikmati steamboat ni. Sesuai dimakan kala cuaca sejuk, dan sejak-sejak akhir-akhir ni cuaca agak sejuk jugak, hujan hampir setiap lewat petang di sini. En. Hubby pun ajak buat steamboat malam Ahad lepas. Barang yang perlu dah pun dibeli hari Sabtu nya. Kami memilih sedikit daging batang pinang dan bahagian dada ayam untuk gril. Untuk steamboatnya pula  sedikit fishball, fishcake serta tahu pok berserta campuran sayuran yang dah siap dipotong.

Bila dah siap beli barang baru saya google untuk resepi sup dan sos nya hihi. Alhamdulillah, carian google berhasil dan nasib baik juga bahan yang diperlukan pun saya dah beli dan ada ramuan yang memang dah tersedia di dapur. Lepas tu saya olah resepi tersebut sesuai dengan tekak kami sekeluarga. Apalagi, jom kita semak resepinya;
 

Steamboat ala Johnny's

Sop Steamboat

Bahan:

2 liter air
4 ulas bawang putih - diketuk
* 2 kiub pati ayam brand Knorr
1 ekor tulang ayam
Segenggam daun ketumbar - dicincang
Garam secukupnya


Cara:

Rebus dulu semua bahan hingga mendidh dan renehkan selama 20-30 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam periuk steamboat atau rice cooker pun boleh. Lepas tu boleh lah dicelur dengan bahan steamboat pilihan anda.

Note: Kalau ada yang suka perisa tomyam gantikan * dengan kiub tomyam.

Sos Steamboat ala Johnny’s

Bahan:

5 tangkai lada merah
3 ulas bawang putih
4 sdb minyak bijan
3-4 sdb apple cider atau cuka  biasa
1 sdb jus limau
4 sdb sos ikan
2 sdb sos tiram
2 sdb kicap manis
1 sdb sos cili lingam
1/2 cawan air
1/2 sdb sunquick orange
Bijan secukupnya - disangai
1/2 sb tepung jagung – bancuh dulu dengan air
3 tangkai daun ketumbar - diracik halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Kisar lada merah bersama bawang putih serta minyak bijan, sos ikan, apple cider @ cuka, kicap,sos tiram dan air. Keluarkan dan masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan sunquick dan bancuhan tepung jagung.
Perasakan dengan garam dan gula, serta seimbangkan rasa masam,masin, manis dan pedas. Bila nak hidang taburkan bijan dan daun ketumbar.
 
Memang berbaloi  bila buat sendiri. Tersandar kekenyangan kami tiga beranak. Anak saya lah yang paling teruja. Laju aje dia makan daging serta ayam grill dan steamboat tu. Memang sangat berbaloi dan sangat puas hati. Pasti lepas ni nak buat lagi.

Selamat Mencuba!
 

Ketupat Goreng - my style

Monday, October 13, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah lama juga nampak rakan-rakan blogger menayang ketupat goreng ni, yang pada masa tu agak asing bagi saya. Teringin juga mencuba tapi tidak berkesempatan. Baru-baru ni saya buat ketupat bersama lontong untuk hidangan Raya Haji. Ada lebihan ketupat dua bungkus lagi yang berzaiz 160 g. Kali ini dengan izinNya, saya berpeluang mencuba. Saya cuma buat sebungkus saja, sebungkus ni pun boleh makan untuk tiga orang.


Rencahnya saya guna apa yang ada di dalam peti ais saja. Jom intai Ketupat Goreng cara saya:

Ketupat Goreng ( untuk 3 orang makan )

Bahan:

Sebungkus ketupat nasi (berat 160g) yang dah direbus - dipotong dadu (saiz ikut suka, saya suka kecil-kecil)
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sdb udang kering * - rendam sebentar, basuh dan toskan
3 sdb cili merah kisar
Semangkuk kecil daging batang pinang yang di hiris nipis - nak letak ayam, sotong @ udang pun boleh
Serumpun sawi - basuh dan potong
Daun sop dan cili merah untuk hiasan
2 sdb kicap manis 
1 sdb sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
3 biji telur - goreng "sunny side up" @ goreng telur separuh masak tanpa dibalikkan

Cara:

Kisar semua bahan bertanda *.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan * yang dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Goreng hingga daging empuk. Kalau perlu masukkan air sedikit. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Masukkan ketupat dan gaul sebati . Masukkan sawi dan kacau sekejap. Sesuaikan rasa. Dah okay, boleh padamkan api dan hidangkan dengan telur mata lembu separuh masak. 


Ketupat goreng ni lebih sedap di makan sewaktu ia masih panas..Kena pulak dengan lelehan telur kuning tu memang mengancam. Makan dengan sambal belacan atau ciliapi kicap...pergh!!!

Selamat Mencuba!

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS