Cinnamon Pull Apart Bread

Tuesday, May 05, 2015



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Lamanya tak ke udara...begitulah bila mood kejap ada kejap tak ada macam Chipsmore..tapi Chipsmore pun sentiasa ada jual di pasaraya kan, haha! 
Kami sekeluarga memang sukakan Cinnamon Bread. Anak bujang saya pun turut menggemarinya. Sebab roti ni laku, saya memang suka buat. Ada beberapa versi yang saya pernah buat. Versi gulung tu dah beberapa kali saya buat tapi belum pernah kongsi di sini, versi yang ada glaze, kali ni saya buat versi yang kena tarik-tarik bila nak makan ni. Namanya Pull Apart Bread. Resepi ni dah lama saya simpan dari blog Secubit Garam milik Kak Noor. Resepi asalnya dari Joy the Baker.  Memang sedap. Kita terus saja ke resepinya. Hari ni saya baik-hati dan terlebih rajin saya sertakan sekali step by step cara nak assemble rotinya. Resepi ini boleh dapat 2 biji roti bersaiz 9x5, tapi saya bagi kepada 2 bahagian. Yang satu bahagian lagi saya buat Roti Butter Sugar Cheese Roll yang akan saya kongsikan di entri yang lain.


Cinnamon Pull Apart Bread
Source: Kak Noor

Untuk Doh:

2 3/4 cwn + 2 tbs tepung gandum
1/4 cwn gula kasar
2 1/4 sdt yis kering
1/2 sdt garam
4 sdb mentega
1/3 cwn susu penuh krim
1/4 cwn air
2 biji telur (saiz A)
1 sdt esen vanila

Untuk Inti/Filling:
1 cup gula kasar - saya letak 3/4 cwn
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - saya tak letak
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi perang

Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan  2 cwn tepung, sugar, yis dan garam. Ketepikan
Pukul telur, ketepikan
Dalam periuk, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan esen vanila. Biarkan campuran sehingga suam-suam kuku.
Tuangkan campuran susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan baki  3/4 cwn tepung dan uli sehingga sebati. Doh agak melekit. Masukkan doh ke dalam mangkuk besar yang telah di gris dengan mentega/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga doh naik 2 kali ganda.

Nota : Doh yang dah naik boleh juga disimpan di dalam peti sejuk semalaman dan diguna keesokan hari kalau nak buat untuk sarapan.

Sementara menunggu doh naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk. Ketepikan.

Bila doh dah naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk kan doh untuk membuang angin. Bolehlah dicanai untuk dibentuk dan assemble. Cara nak assemble seperti dalam gambar di bawah:-


1) Canaikan doh selebar 12x18 inci.
2) Sapukan dengan brown butter dan taburkan campuran filling tadi.
3) Potong memanjang sebanyak 6 keping. Tindihkan dan potong lagi menjadi 6 kepingan kecil.
4) Aturkan dalam loaf pan bersaiz 9x5 inci yang telah digris dengan mentega. Biarkan doh naik lagi. (Saya proofkan selama 45 minit).
Bakar selama 170C selama 35-40 minit atau sehingga atasnya betul-betul perang.
5) Sejukkan di atas redai selama 20-30 minit sebelum di nikmati bersama secawan kopi panas. Enaknya!!

Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. huwaaaa...sedapnyaaa...terus jadi lapar ni...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS