Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sejak akhir-akhir ni kerap juga buat homemade icecream. Beberapa kali dah buat dengan perisa coklat,vanila dan oreo. En. Suami dan anak suka benar dengan homemade icecream ni, tambahan dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu, aiskrim menjadi penyejuk tekak dan juga sebagai dessert. Memang berbaloi bila buat sendiri apatah lagi kandungan gula pun boleh kita kawal. Kali ini saya buat aiskrim marble dengan tiga perisa Vanila, Coklat, dan Strawberry. Adunan ni memang dapat banyak sehingga memenuhi bekas 8x8x4 inci. Memang puas makan. Cucu saudara yang datang bertandang di Hari Raya Haji baru- baru ni pun sempat merasa. Dia pun suka, habis di jamahnya baki yang ada...Alhamdulillah...
Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream
Print Recipe
Bahan:
1 tin susu sejat
1 cwn susu full cream
4 sdb gula
4 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellette
1sdb perasa Chocolate
1 sdb perasa strawberry
1sdb essen vanilla
Cara:
Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia
separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian.
Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras.
Selamat Mencuba!
Vanilla-Strawberry-Chocolate Ice cream
Print Recipe
Bahan:
1 tin susu sejat
1 cwn susu full cream
4 sdb gula
4 sdb susu pekat manis
2 sdb ovellette
1sdb perasa Chocolate
1 sdb perasa strawberry
1sdb essen vanilla
Wire Whisk |
Cara:
Satukan semua bahan kecuali perasa dan essen vanilla ke dalam mangkuk mixer. Dengan menggunakan wire whisk atau whisk berbentuk belon (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan tinggi selama 20 minit hingga gebu. Masukkan dalam freezer dan biarkan ia
separuh beku selama 4-5 jam. Keluarkan, kacau sedikit dengan spatula dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Masukkan ketiga- tiga perasa tadi ke dalam setiap bahagian.
Flat Beater |
Pukul semula setiap bahagian menggunakan flat beater (seperti dalam gambar), pukul dengan kelajuan perlahan anggaran 5 minit untuk membuang semula udara yang terperangkap semasa memukul dengan wire whisk. Adunan akan menjadi likat selepas di pukul. Setelah ketiga-tiga bahagian di pukul hingga likat, bolehlah disenduk satu demi satu bahagian ke dalam bekas sehingga habis, seperti membuat kek marble pelangi. Masukkan semula ke dalam freezer semalaman atau hingga mengeras.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar