Dough Balls Pizza

Friday, October 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Cakkk! Pizza lagi. Tapi kali ni terlebih rajin, buat dough balls kat keliling crust tu. Pizza ni ada tiga jenis cheese taww. Bertambah gemuklah mak asyik dok menternak lemak aje.

Saya memang kerap juga buat Pizza, lama dah tak beli Pizza di kedai. Psss...kadang-kadang teringin juga yang di kedai hihi. Tapi apa-apapun yang buat sendiri lagi puas makan sebab topping boleh letak suka-suka hati (macam kata Chef Amar).

Saya selalu menggunakan resepi yang sama untuk doh pizza saya sebab resepi ini mudah dan cepat. Uli doh pizza tak perlu uli sampai elastik macam uli roti. Cukup sekadar ia licin dan tak melekat di tangan selalunya dalam 10-15 minit.  Saya pernah buat guna doh yang sama macam doh roti tapi bagi saya doh tersebut tak sesuai untuk pizza crust sebab terlalu lembut dan gebu dan tak boleh menampung sos serta topping yang berat tu. Bila makan pun pizza crust tersebut terlalu gebu dan tak berapa chewy...tak besss. Sosnya pulak saya guna sos dalam tin aje iaitu sos spaghetti. Kalau rajin baru saya buat sos sendiri. Nanti lah...bila buat sos sendiri saya kongsikan di sini.


Resepi Dough Piza
(resepi ini untuk 2 keping pizza termasuk Dough Ball)

Bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum
1 bungkus yis segera
1 sdb gula
sedikit garam
2 sdb olive oil
Air suam secukupnya

Cara:

Masukkan tepung dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah. Masukkan semua bahan kecuali garam. Tuang air perlahan dan gaul adunan. Masukkan garam dan uli sehingga menjadi doh. Teruskan menguli sehingga doh tak melekat di jari dan licin selama 10-15 minit. Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan biar doh naik selama 1 jam. Bila doh naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk doh tersebut untuk membuang angin. Bahagikan kepada 3 bahagian, 2 bahagian untuk 2 keping piza dan satu untuk dough balls.

Untuk Dough Ball Pizza canaikan satu bahagian doh tadi hingga selebar 9 inci. Letakkan dalam dulang pembakar. Bahagian yang lagi satu bulat-bulatkan sebesar bola golf dan isikan samaada mozarella cheese atau cream cheese (saya letak cream cheese), dan letakkan dough ball di sekeliling pizza crust. Jarakkan sedikit antara satu dough ball dengan yang lain sebab nanti dia mengembang lagi.

Biarkan dia naik semula dalam 20-30 minit. Bolehlah di sapu dengan sos dan letak topping kegemaran.
 Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.


 Selamat Mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS