Tepung Pelita

Wednesday, August 27, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Antara kuih wajib disediakan dibulan Ramadan. Kalau guna daun pisang lagi sedap dengan aroma nya yang wangi selepas dikukus, tetapi tiada daun pisang bukan alasan. Boleh aje guna bekas-bekas kecil atau cup macam ni. Nak buat pun mudah aje sebab tak payah kukus. Kalau nak teksturnya basah-basah boleh aje ikut saranan Izah Daut kat nota bawah tu. Memang yummy!


Kuih Tepung Pelita
Sumber :  izahdaut
Bahan:  ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam

Cara:

Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.

NOTA: 
Mas pun ikut Izah ikut sedikit tips dari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.

  Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. nak cuba buat petang ni... kegemaran anak teruna saya... tq sudi share resepi

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS