Peach PannaCotta

Monday, August 18, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Masih lagi berada di bulan Syawal. Sana-sini kemeriahan masih terasa apatah lagi dengan adanya
 rumah terbuka. Ada juga yang beraya dengan melemang dan merendang lagi setelah selesai berpuasa sunat Syawal. Apa-apapun harap kita masih mengekalkan kesederhanaan dan elakkan pembaziran di dalam setiap tindakan kita.

Lagi satu pemanis mulut yang saya sediakan buat keluarga dan mak mertua yang berpuasa selama hampr sebulan di rumah. Ini kali kedua mak berpuasa bersama. Bertuah rasanya kerana mak selesa berpuasa di sini. Semoga dapat berjumpa mak lagi di Ramadan akan datang.



Peach Panna Cotta

BAHAN :

7 g gelatin halal (mat guna jenama "Nur")
3 camca besar air
2 1/2 cawan susu penuh krim (mat guna 1 1/2 cawan susu sejat + 1 cawan air)
1/4 cawan gula
1 camca teh esen vanilla
1 tin buah peach berkaleng, toskan

CARA :
  1. Ambil sedikit peach yang ditoskan tadi, potong kiub sederhana besar, kisar selebihnya hingga menjadi puree. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Gelatin halal tadi disatukan bersama air, kacau rata dan ketepikan dan biar gelatin mengembang. Masukkan susu dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak atas api sederhana.
  3. Bila guna hancur dan susu mula kelihatan hendak mendidih, matikan api. Masukkan esen vanila dan gelatin tadi. Kacau rata2 hingga gelatin larut. Tuang dalam gelas2 yang telah disediakan, tuang 2/3 penuh. Buat hingga siap
  4. Isikan setiap gelas tadi dengan hirisan kiub buah peach. Biarkan wap panasnya hilang dan simpan dalam peti sejuk sekurangnya 4 - 5 jam hingga mengeras. Sudukan puree buah peach dalam setiap gelas tadi. Hidangkan sejuk...nyamannnn bahh!!!!
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS