Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Lama betul tak buat kuih kegemaranku ini. Beras pulut memang lama ada di pantri. Santan pun entah berapa kali beli tapi asyik terguna ke lain. Kali ni baru ada mood nak buat. Puas betul makan hasil air tangan sendiri. Pertama kali mencuba resepi ini, memang tepat sukatan dan masa mengukusnya. Tak ada rasa nak bukak tutup pengukus macam yang selalu saya buat bila mengukus. Kejadiannya pun cantik, rasanya pun sedap serta tak manis sangat. Sesuai dengan selera kami. Lain kali boleh ulang lagi resepi yang sama.
Pulut
Serikaya/Serimuka Pandan
RESEPI
Asal: Chef Asma dari blog Bdaria
CP: Izah Daut
LAPISAN
BAWAH
Bahan:
500gm
beras pulut
250ml
santan pekat (asal 300ml)
250ml
air (asal 300ml)
1
1/2 tsp garam halus (asal 2 tsp)
Cara:
Rendam
pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 2 jam sahaja)
Basuh
bersih dan toskan sehingga air kering
Masukkan
dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan
garam. Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit
Apabila
pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati
Masukkan
dalam loyang dan tekan padat...contoh seperti gambar dibawah.
Sapukan
dgnsedikit bancuhan lapisan bawah
LAPISAN ATAS
Bahan
A:
250gm
gula castor @ 200gm gula pasir (asal 300gm)
80gm
tepung kastard
400ml
santan pekat
400ml
air
20gm
daun pandan (diblender dengan air diatas
Bahan
B:
3
biji telur-dipukul rata (asal 5 biji)
1/2
tsp garam halus
1/4
tsp pandan esen
pewarna
hijau secukupnya (jenama starbrand)
Cara:
Satukan
semua bahan-bahan A dan kacau rata.
Masukkan
bahan-bahan B dan kacau sehingga rata
Tapis
dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap
Tuang
keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Sukatan diatas adalah untuk loyang 10 x 10 x 2
Selamat Mencuba!
sedap nyerrr...
ReplyDeleteantara kuih feveret nih... kuih wajib dlm list kuih buka puasa. hihi
ReplyDelete