Friday, June 06, 2014

Daging Masak Hitam



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Jumpa resepi ni bila Malina memuat naiknya dalam laman FB. Kebetulan semua bahan yang perlu (kecuali tomato puri) ada, idea untuk makan malam pun tak ada, terus aje mencuba resepi ini. Aduh! memang sedap rasanya, sampai habis kuah-kuahnya kami hirup macam sop aje. Resepinya mudah serta bahan-bahan yang perlu juga tak banyak. Nampaknya bolehlah diulang lagi resepi untuk Raya yang bakal tiba.

RESEPI DAGING MASAK HITAM TMK
By :Malina PG
Disediakan oleh : Marsita

Print Recipe 


Bahan Perap :
1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
1 labu bawang besar ( blend )
1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( Lina guna serbuk sup adabi, saya guna cap Faiza )
1 paket kari daging
1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman.Kalau nak cepat, perap stgh jam pun ok***

Bahan:

1 labu bawang besar ( blend ) - saya hiris nipis aje
Rempah 4 beradik
2-3 helai daun pandan ( simpul )
3-4 sudu makan cili giling ( boleh tambah/kurang )
2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang ) - saya tukar ngan sos tomato sbb x de stok.
Kicap pekat ( Lina guna Mahsuri, saya guna Jalen )
Kicap manis
Sos tiram
Minyak
Air

Cara:

Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
Masukkan cili giling , tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
Dah siap
 

Selamat mencuba!

1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar