Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tak ada idea nak buat apa untuk sarapan? Boleh cuba Braided Pizza ni.
Senang aje nak menyediakannya. Cara nak menyediakan doh piza sila rujuk SINI.
Sementara tunggu doh naik, boleh sediakan intinya.
Bahan untuk inti:
3 sosej ayam/daging - hiris kasar
1 ulas bawang putih - dicincang
2 biji telur gred A - perasakan sedikit garam & kocak-kocakkan, ketepikan
2 tangkai oregano segar - cincang kasar
secawan cheese mozarella
Sos Cili
Sedikit Chili flakes
Cara:
Panaskan kuali dan pijarkan sedikit minyak masak, masukkan bawang putih, dan tumis hingga naik bau. Masukkan sosej. Masukkan telur dan oregano, tutup kuali dan biarkan hingga telur masak. Api perlahan aje ya...nanti hangus lak telur tu. Angkat dan ketepikan
Saya terlupa lak nak snap gambar semasa menyediakan Braided Pizza ni jadi
saya titipkan link Ini untuk cara menyediakannya. Resepi doh yang saya gunakan boleh dapat 2 braided pizza. Jadi anda boleh sama ada gandakan bahan untuk inti di atas untuk dua piza atau boleh gantikan satu lagi dengan Bluberry filling bersama choc chip macam yang saya buat.
Untuk piza inti sosej di atas, bila dah canaikan doh, sudukan inti, taburkan chili flakes, taburkan mozarella cheese dan picitkan sos. Bila dah siap, sapukan dengan egg wash dan
bakar pada suhu oven 170 C selama 35-40 minit atau hingga keperangan.
Selamat mencuba!
sedap nyer!!!
ReplyDelete