Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini merupakan cuti umum hari Wesak bagi setengah-tengah tempat. Emm, semalam pening juga memikirkan apa yang nak disediakan untuk sarapan pagi ni. Muak juga makan roti telur :). Hasil googlelan di bawah carian breakfast recipe terjumpa dengan gambar Roti Naan yang dijadikan Pizza yang sesuai untuk dijadikan sarapan. Resepi tersebut menggunakan readymade Naan. Memandangkan saya tiada readymade Naan kenalah buat sendiri kan. Lagipun hasil air tangan sendiri lebih berbaloi dan memuaskan hati. Saya olah semula mengikut citarasa dan bahan-bahan yang sedia ada di pantri dan di kebun herba saya yang kecil di belakang rumah.
Resepi roti Naan ni memang ada dalam fail simpanan tanpa empunya nama sumbernya. Saya
kongsikan di sini pula.
Campurkan semua bahan kering kecuali garam, dalam mangkuk pengadun @ mixer.
Selamat Mencuba!

Homemade Roti
Naan Pizza
375 gram tepung
gandum
125 gram tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sdt baking powder)
125 gram tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sdt baking powder)
125 ml yogurt - saya gantikan dengan 125 ml buttermilk
( atau 125ml susu penuh krim + 1 sdt cuka)
1 sudu kecil serbuk yis
1 sudu kecil serbuk yis
245 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam
Cara:
Campurkan semua bahan kering kecuali garam, dalam mangkuk pengadun @ mixer.
Kalau nak
rendam terlebih dulu yis di dalam air suam pun boleh, tunggu sehingga yis timbul / berbuih. Masukkan
buttermilk serta air sedikit demi sedikit. Masukkan juga garam. Uli sehingga
adunan agak lembut dan dohnya licin. Bulat-bulatkan untuk di peram seketika (
sampai kembang dan gebu). Canai leper dan letakkan topping kesukaan dan
bakar dalam kuali tanpa minyak dengan api yang kecil.
Saya
bakar sekejap saja untuk mematikan yis dan bakar sepenuhnya dalam oven keesokan paginya
untuk sarapan selepas meletak keseluruhan toppingnya.
Untuk topping ini:
Tekan-tekan
sedikit bahagian tengah roti (kalau nak letak telur). Sapukan garlic spread.
Taburkan hirisan crab stick atau sosej disekeliling roti, taburkan juga hirisan
daun selasih/basil, oregano dan thyme. Taburkan Mozarella cheese. Pecahkan
telur dalam mangkuk dan tuang ke bahagian tengah roti. Hati-hati nanti meleleh
keluar. Picitkan sos cili dan mayonis. Taburkan sedikit serbuk paparika kalau
suka pedas. Bakar 180 C selama 25- 30 minit atau ikut oven masing2 serta ikut
nak telur tu separuh masak atau masak sepenuhnya.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas komen yang segar