Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selalu buat Asam Laksa ni, makanan kegemaran yang kalau ada, memang lupa makan nasi dibuatnya. Buat ni pun kerana kebetulan hari tu ada tetamu bertandang ke rumah. Senang kerja sebab bahannya memang dah ada cuma nak tambah mee laksa serta daun kesum. Itupun sebab pokok daun kesum yang ditanam dekat belakang rumah pun dah kurang daunnya, macam tak cukup pulak. Kirim aje kat En. Suami yang ketika itu keluar ke tempat cuci kereta. Selain laksa, sempat juga saya menyediakan kek coklat lembap untuk tetamu bawa balik.
Bahan: ( lebih 6-8 orang )
1 kg laksa basah - rendam sebentar dalam air panas mendidih ( boleh campur dgn sesudu minyak/minyak zaitun utk mengelak laksa dari melekat selepas di tos, laksa pun nampak lebih cantik dan berkilat )
1kg ikan kembung/ikan sardin @ dalam 10 ekor - saya selalu guna ikan sardin (bukan yg dlm tin ya)
2 liter atau lebih air
3 biji bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
5-6 sb cili kering kisar (lebihkan kalau nak pedas)
4 atau > keping asam keping
2 bunga kantan dibelah dua
1 ikat daun kesum
Garam secukupnya
Bahan dimakan bersama:
Ulam: Hirisan timun, bawang besar, cili merah, telur, fish cake, salad, daun pudina, paste otak udang dsbnya
Cara:
Rebuskan ikan dengan 2liter air.
Kisar bawang besar bersama belacan. Ketepikan.
Asingkan isi ikan dan kisarkan bersama sedikit air rebusan yg ditapis. Kisarkan tulangnya sekali dan tapis airnya.
Rebus dulu bawang yg dikisar bersama belacan tadi serta cili kisar hingga hilang bau maungnya. Tambah sedikit air kalau perlu.
Masukkan ikan yang dikisar tadi bersama airnya rebusannya sekali.
Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Perasakan dengan garam..kecilkan api dan biarkan masak hingga kepekatan kuah yang disukai.
Setelah masak, hidangkan bersama laksa yg telah direbus bersama bahan dimakan bersama yang lain. (kadang2 saya suka letak kicap kalau tak ada otak udang tapi saya tak berapa suka letak telur)
Selamat Mencuba!
Salam kak mar.. asam laksa ngan laksa penang ada beza ke kak? nmpk mcm sama je.. tun ganu pure, kalau laksa2 ni, cari laksa ganu jugak.. hehe
ReplyDeleteSalam Tun, sama je.
Delete