Russian Black and White Square Cake

Thursday, February 27, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Mencuba satu lagi resepi yang dah lama dalam senarai untuk dicuba. Jauhnya
ketinggalan keretapi kerana rakan-rakan blogger yang lain ramai yang dah mencuba resepi kek ini. Tapi bak kata orang kampung " better late than never " kan. Bahan-bahan semua memang dah tersedia, cuma nak start enjin aje. Makan 2 hari juga saya nak buat kek ni. Bukan tak boleh nak disiapkan sehari tapi saja tak nak kalut-kalut. Slow and steady kata orang.

Semasa mula-mula membaca resepi dan cara penyediaan kek ini setahun yang lalu, saya rasa..alamak susahnya..panjang berjela betul resepi dan kaedahnya. Lepas baca tu terus simpan tak tengok dah. Tapi bila dibaca dan diteliti lagi sekali baru-baru ini, rasanya taklah sesusah manapun. Resepi kek coklat lembap ni pun dah kerap saya buat. Tetapi kalau nak digantikan dengan resepi kek coklat lembap yang lain pun boleh, terpulang kepada citarasa masing-masing. Manakala, untuk krim keju Mocha dan Ganache Coklat pula, kalau kita sediakan lebih awal lebih mudah dan tak adalah kelam kabut sangat. Bila nak dilepakan ke atas kek keluarkan dulu dari peti sejuk supaya lembut dan lebih mudah nak dilepa pada kek.


Resepinya saya ambil dari blog Azlita Masam Manis. Saya kongsikan di sini pula ya.

Russian Black and White Square Cake
Resepi Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum - saya guna tepung kek 
(sebab tepung gandum dah habis tak perasan )
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor - saya kurangkan suku
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D

250 ml air panas

Cara:
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. (saya bakar pada suhu yang sama selama tepat satu jam setengah)
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak.



Resepi Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C

300 gm Krim Putar bukan tenusu
Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan

Resepi Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek - saya ommit

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika sukaSatukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti - saya ommit
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
Satukan semua bahan dan kacau rata

Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata.
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Nota: Resepi Krim keju Mocha & Ganache Coklat ni sedang elok saja kuantitinya untuk 4 lapis kek. Kalau resepi keknya 3 lapis saja, bolehlah dikurangkan krim dan ganache mengikut nisbahnya. Nanti membazir pulak.

.

Nyum ! Nyum ...apa yang tak sedap kalau ada cheese and coklat. Pasti sedap!

Selamat Mencuba!

3 comments:

  1. share kak .. saya mmg dah lama nak cari resepi ni...

    ReplyDelete
  2. nyum2..sedapnya..sya pun teringin nak try buat juga..masih dalam waiting list..hehe..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS