Mango Mousse Cake

Thursday, February 20, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Resepi yang dah lama tersimpan dalam koleksi yang mahu dicuba. Tak tahulah berapa kali buah mangga dibeli dan akhirnya jadi bahan pencuci mulut saja. Resepi yang ada dalam simpanan pun resepi dari Barat menyebabkan agak berat sedikit nak mencuba, hinggalah saya terjumpa resepi mango mousse/ krim keju mangga dari Maz Abdul (FB). Kali ni berjaya juga dilunaskan keinginan mencuba resepi Mango Mousse Cake. Mulanya agak risau juga takut-takut mousse nya tak menjadi atau terlebih cair lalu susah pulak nak dikeluarkan dari loyang atau terkeras pulak, tapi Alhamdulillah menjadi juga.


Kek spannya saya guna resepi kek span vanila yang biasa saya gunakan, mungkin nanti nak cuba dengan kek span perisa mangga pula. Manakala mango glaze pula saya ambil resepinya dari Baking Library.

Mango Mousse Cake
Sumber: Maz Abdul
Bahan:
250g cream cheese (philadelphia/tatura dll)
250g whipping cream
(diputar hingga kental)
100g gula kastor
1 cwn isi mangga(didadu)
1 sk mango emulco
1/2 sk pewarna yellow lemon
1 1/2 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/4 cwn air panas.
 
Cara membuatnya:
1. Potong kecil cream cheese dan biarkan lembut pada suhu bilik,baru diputar hingga betul-betul lembut.
2. Masuk gula dan putar lagi hingga sebati. Masuk juga mango emulco dan pewarna. Sebatikan.
3. Masukkan larutan gelatin, putar lagi hingga betul-betul rata.
4. Masuk separuh whipping cream yang telah diputar kental, dan kaup balik perlahan guna spatula. Masuk baki whip cream dan juga isi mangga yg telah dipotong dadu. Kaup balik hingga sekata.
5. Bila adunan krim dah sekata,bolehlah disapu pada lapisan kek span mangga atau apa-apa kek yg anda suka..
Selamat mencuba.
Resepi kek, cari sendiri ye..atau guna je mana-mana resepi yang anda suka

Mango Glee/Glaze
Sumber: Baking Library
100g mango puree
2 tsp gelatin
3 tbs water
100g mango, cubed

Making gelatine solution - Soak 2 tsp gelatine in 3tbs water and allow it to bloom for 5 minutes. Heat the gelatine mixture over a double boiler untill gelatine dissolves completely. Leave to cool.

Making the mango gelee - Combine cooled gelatine solution and mango puree. Pour it over the chilled and assembled mango mousse cake. Scatter 100g cubed mango over the mango gelee layer. Allow cake to chill until mango gelee layer is firm.

Unmoulding finished cake:
To unmould, wrap a warm kitchen towel around the ring or use a hairdryer to briefly heat up the exterior of the cake ring. Take care not to apply too much heat using the hairdryer. Remove cake ring slowly and steadily. Bring cake back to the refrigerator to firm up before decorating and cutting.

Nota: Masa nak assemble kek,  saya menggunakan loyang yang boleh dikeluarkan dasarnya atau loose base tin (macam dalam gambar ni). Nak guna spring form pun boleh. Selepas siap, simpan kek dalam chiller selama 4 jam. Bila mousse tersebut dah set bolehlah dikeluarkan dari loyang. Untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang, saya panaskan dikeliling loyang menggunakan lilin, tak perlu lama-lama nanti cair pulak mousse tu. Lepas tu letakkan loyang di atas bekas bulat yang kecil sedikit dari saiz loyang. Keluarkan kek dari loyang dengan menolak loyang tersebut ke bawah. Boleh terus hiaskan kek dan tuang mango glaze di atas  permukaan kek. Sejukkan dalam peti ais sebelum di potong.



Memang sedap kek ni, tak begitu manis...sejuk aje bila lalu kat tekak tu. Memang mabeles. Tak rugi mencuba. Si Bujang makan kejap aje dah licin sepotong kek. Kejap toleh kepala ke tempat lain tengok-tengok dah licin.


Selamat Mencuba! Atau kalau rasa nak makan yang beli, order je dengan saya di 019-4400205 :)


1 comment:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS