Selamat Harilahir sayang...

Friday, January 03, 2014



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ini 15 tahun yang lalu, saya menjadi ibu kepada seorang insan yang bernama Muhammad Zikri. Tiada hari yang lebih indah dari hari ini apabila dikurniakan seorang anak yang begitu sempurna.
Kehadirannya telah menyemarakkan lagi ikatan kekeluargaan dan sekaligus menyempurnakan keluarga kami.



Zikri, anak yang baik dan mendengar kata, 
walaupun agak pendiam kalau dengan kami, tetapi agak sensitif serta hatinya mudah tersentuh dan mesra dengan kanak-kanak serta disenangi rakan-rakannya. Mesra dengan panggilan Pak Long Kiki, kalau pulang ke kampung, dia macam magnet tempat anak-anak saudaranya melekat dan bermanja. Adakalanya walaupun sedikit keletihan tapi terus melayan kerenah mereka tanpa jemu.


Sempena hari ulangtahun kelahiran Zikri, Mak ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buatmu, 
moga dipanjangkan usiamu, dimurahkan rezekimu, sentiasa dikurniakankan kesihatan yang baik dan berpanjangan, menjadi anak yang soleh yang sentiasa membahagiakan dan membanggakan Mak dan Abah, berjaya di dunia dan di akhirat dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.



Anakku, belahan jiwaku..
Waktu berlalu tanpa pernah kita sedari
Namun pelukan sayang ibu tak pernah kehilangan erti
Dakapan hangat ibu juga selalu menyertai
Doa tulus ku melekat erat dalam ayunan langkah bersatu mimpi

Anakku, jendela sanubariku..
Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

Anakku, penawar hidupku..
Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani
Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari
Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin...



Wassalam...

2 comments:

  1. Selamat hari lahir yg ke 15 buat Zikri...tahniah juga buat K.Marsita...sebab jadi ibu pada Zikri...😊

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2014 kak...
    besar sudah bujang akak...semoga mnjadi anak yg soleh

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS