Red Velvet Roll Cake - tak berapa nak red

Monday, November 11, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Terlebih rajinlah sudah menup-date blog ni aishhh. Lepas gian hi hi. Dah lama nak cuba buat roll cake aka swiss roll ni, saja nak cuba. Kebetulan pulak ada lebihan cream cheese topping, boleh habiskan sekali. Kali pertama cuba, Alhamdulillah tak mengecewakan cuma warnanya saja tak cukup merah sebab tersalah letak sukatan pewarna merah. Teksturnya pun lembut dan rasapun tak terlalu manis.

Resepi RVRC ni saya terjumpa di halaman FB, dah copy resepinya tapi lupa pulak nak copy nama tuan punyanya sekali...nak cari balik alamat memang tak jumpa dah kot. Maaf ya kepada tuan punya resepi dan harap halalkan saya berkongsi di sini pulak.



Red Velvet Roll Cake
Olahan :  Marsita
Bahan A
4 biji kuning telur
40g minyak
40g air 
20g gula kastor
70g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sb serbuk koko – saya tambah
1 sudu the esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah –
saya terletak 2 sk

Cara Bahan A
1.Putar kuning telur dan gula hingga kembang kelajuan sedehana.
2.Masukkan air,minyak,esen vanilla dan pewarna,putar sebati.
3.Masukkan tepung dan baking powder,gaul sebati cara kaup balik.( ketepikan )
(saya ayak tepung, serbuk koko dan baking powder dahulu)

Bahan B
4 putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
50g gula kastor

Cara Bahan B

Putar putih telur hingga berbuih dengan kelajuan tinggi.
Masukkan gula putar hingga kembang.
Masukkan cream of tartar,putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu
(bertanduk)
Ambil 1/4 cwn adunan B tuang ke dalam adunan A,gaul kaup balik hingga sebati.
Kemudian tuang bahan A ke dalam bahan B,gaul sebati cara kaup balik.
Tuang adunan dalam loyang yang digris dengan butter dan dialas dengan kertas minyak, dan bakar
( saya guna loyang 10x10 inci)
Bakar 160'c selama 25 minit.( ikut oven msng2 )

Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan dia atas redai. Bila dah sejuk sapukan dengan cream cheese filling serta strawberry filling, gulungkan dan balut dengan kertas minyak dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dipotong.
 

 
Selamat Mencuba.

10 comments:

  1. geram pulak tengok swiss roll rvc ni ...

    ReplyDelete
  2. walla merah2 gini pun dah nampak sedap sgt !

    ReplyDelete
  3. punyalah cantik... idea pun segar, rasa pasti sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx SKTJ, lepas ni nak buat lagi swiss roll jenis kek lain pulak.

      Delete
  4. cantik berseri red velvet itew...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS