Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Monday, March 04, 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Moh ramai-ramai kita join 1st GA yang dianjurkan oleh Tun Telani. Temanya adalah MY FAVOURITES FOOD. Semua mesti ada favourite food kan... jom, kita bagi sokongan dekat Tun. Saya pun macam suka sesangat je dengan buku resepi yang akan menjadi milik siapa-siapa yang bernasib baik. Boleh tambah koleksi buku resepi. Mana tahu rezeki masing-masing kan Tun? GA ni akan berlangsung sehingga 17 Mac 2013. So apa tunggu lagiiii...cepat-cepat kasi hantar itu entry.


Hadiah-hadiahnya adalah seperti gambar di bawah, iaitu buku Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes dan Blissful Brownies. Amacam....best tak? Best kan? Kalau best jom kita join GA ni.. mana tahu tahun depan kalau ada rezeki Tun buat GA lagi:)


Banyak lah pok-pek nya aku ni dok promo.. Nak kongsi makanan feveret memang banyak...boleh kata tolak batu ngan kayu aje...silap-silap ranting kayu yang salut cheese pun akak bedal keh keh.
 
Okay yang paling saya suka...Mee Kari. Memang feveret. Nak-nak yang ada kat Ipoh ni...memang banyak tempat jual yang rasanya pergh..! Tapi yang ni yang saya buat sendirilah...kami suka yang kurang lemak.


 Mee Kari

Bahan untuk Kuah :

400 g rangka ayam - potong kecil, basuh dan toskan
1 cawan santan pekat
1 kiub Ayam Knor
2 keping fish cake – hiris ikut suka
1 peket fishball – potong dua setiap satu
Sedikit tauhu pok @ tauhu sponge
1.5 liter air (anggaran ) - tambah jika perlu
2 sudu besar jus asam jawa 
Garam secukup rasa
2 sudu kecil gula perang

Bahan tumis:

1 kuntum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
3 biji buah pelaga *
2 biji bunga cengkih *
6 ulas bawang merah – kisar *
4 ulas bawang putih  - kisar *
1 inci halia  - kisar *
3 sudu besar udang kering - basuh dan kisar *
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili - kisar
3 sudu rempah kari daging

Bahan dimakan bersama:
  
Sedikit puchok goring / fish cake yang digoreng - dicelur
Sawi - dicelur
Taugeh  - dicelur
Telur rebus – potong 2
Cili merah/hijau - hiris
1 peket mee kuning – dicelur

Cara:
Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang bertanda * hingga naik  bau.
Masukkan cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga rempah garing & pecah minyak.
Masukkan rangka ayam dan gaul sebati, biarkan seketika (anggaran 10-15 minit). Kacau selalu supaya rempah tak hangus atau melekat pada dasar periuk . Masukkan air. Bila dah didih, masukkan santan pekat, air asam jawa, kiub ayam dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah mendidih, masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.
Biarkan kuah mereneh seketika sebelum dimatikan api dapur.
Masukkan mee kuning dan bahan-bahan yang dimakan bersama ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.

 Sekian & Wassalam...

8 comments:

  1. salam syg kak mar..amboiii dapnya kak..dtg sini bwk mgkuk kosong nie..he hhee..wish luck gveway tue tau..:)

    ReplyDelete
  2. Suke! suke!! tun kalau mkn mee kari confirm bertambah2, kalu buat mesti 1 periuk besar. haha..
    tq sudi join GA tun ^^

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee kari tu....suka yang banyak bahan2 macam tu....

    ReplyDelete
  4. Salam syg Zila..., alololo...nanti akak post yerk...TQ for the wish.

    ReplyDelete
  5. Salam Tun. TQ...memang luv mee kari...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Yan,akak mmg suka yang banyak bahan...mee nya ciput aje tu:)alahhhh teringin nak buat la pulok.

    ReplyDelete
  7. selamat berjaya

    mee kari ni feberet en asben akak he hee buat sendiri lg ok blh ejas apa yg patut kan

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS