Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya terjumpa artikel ini...izinkan saya berkongsi di sini buat panduan dan manafaat bersama.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Klik untuk Bacaan & Terjemahan |
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di
dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang
hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan
orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan
manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari
berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah
Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri
dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,
maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis
ini sahih.
Rasulullah
SAW bersabda:
Man
qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa
(membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah
setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan
selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah
surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu
Ady)
5.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah
Al-Waqiah setiap malam
maka dia
tidak akan tertimpa
kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah
adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut
fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa
membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir
terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di
dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
.
1.
Mereka yang membacanya sebagai wirid,
Insya’Allah akan beroleh kesenangan
selama-lamanya.
2.
Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap
malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.
Mereka yang membacanya sebanyak 14
X setiap lepas Solat
Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.
Jika dibaca surah ini sebanyak
41 X dalam
satu majlis, Insya’Allah ditunaikan
segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.
Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak.
Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan
seorang yang hartawan
lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi,
supaya dilimpahkan
rezeki; Insya’Allah berhasil:
- Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
- Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
- Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
- Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.
Selepas solat Isyak,
ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi
sekali dan Surah Al-Waqi’ah,
ayat 35-38 sebanyak
7 X. Tiup dalam air dan minum.
Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan
diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita.
Makna
Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.
Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar
dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis,
kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan
dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai
selusuh.
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1. Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.
Dalam 7 hari itu, sesudah solat
fardhu, membaca surah
Al-Waqiah sebanyak 25
X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama,
maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat
berikutnya.
3.
Pada malam Jumaat
terakhir ini hendaklah membaca surah
Al-Waqiah sebanyak
125 X, kemudian berselawat
1000 X.
Insya’Allah,
dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis
Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong
dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal
jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah
surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan
berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang
banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah
SWT memperkenankan doa-doa kita.
(Sumber : Shafiqolbu )
Wassalam...
tq.. in Shaa ALlah akan cuba diamalkan !
ReplyDelete