Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Idea saya untuk pemanis mulut selepas makan biarlah yang simple tapi boleh dinikmati bak kata omputih "dessert is something that can cool you down after a meal" chewah....
Kami bukanlah peminat tegar coklat tapi dapat menikmati coklat puding yang
sejuk dan yummy ni selepas makan memang perghhh!
sejuk dan yummy ni selepas makan memang perghhh!
Resepi ni saya olah dengan menambah di sini di sana sikit dari resepi asal yang saya lupa nak copy nama tuanpunyanya. Cari balik blognya tak jumpa pulak.
Chocolate Puding
Bahan:
1/3 cwn madu – boleh ganti dengan gula jika tiada madu
4 sdb tepung ubi
atau tepung jagung *
2 sdb serbuk koko *
2 cwn susu
segar *
¼ sdt garam
halus *
1 sdt chocolate
emulco *
1 sdt serbuk
paparika - opt *
1 sdt essen
vanila
1 sdt unsalted butter
Hirisan coklat
secukupnya
Cara:
Campurkan bahan
bertanda * dan gaul rata.
Masak dengan
api sederhana hingga pekat. Padamkan api. Masukkan essen vanilla dan butter.
Kacau lagi hingga butter mencair.
Tuang ke dalam
bekas disukai dan taburkan dengan hirisan coklat. Dinginkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Memang sedap puding ni. Terasa coklatnya dan tak terlalu manis. Kami memang suka ada rasa pedas sikit dihujung-hujungnya. Mujur anak tak komplen. Agaknya deria rasa dia tak begitu sensitif bila ada rasa coklat tu. Tak puas lak makan segelas aje:)
Wassalam...
Wassalam...
Morningg!! wahhh.. sedapnyer.. pagi2 nmpk chocolate puding, nasib baik tgh minum air coklat jugak. hihi
ReplyDeleteyymmmy nya dessert tu marsita....
ReplyDeleteCoklat buat apa pun sedap...
ReplyDeletesedapnya kak mar.. lama x buat..
ReplyDelete