Melty Hershey...simply irresistable!

Wednesday, March 06, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Pe kabo semua? Sihat hendaknya. Ramai rakan-rakan blogger yang dah mencuba Melty Hershey yang dok meletop di pasaran hingga agak menenggelamkan sedikit populariti Durian Crepe.., ya ke?. Jadi saya pun tak mau ketinggalan untuk mencuba. Walawey...memang pergh rasanya. Mana tak...apa-apa yang cheesy mahu tak sedap...mestilah yummy.


Agak lama dah sebenarnya tergoda dengan Melty Hershey yang terpapar di blog Azlita Aziz.  Kalau nak tengok keterangan secara terperinci tentang penyediaan Melty Hershey  sila ke link tersebut ya.

Melty Hershey yang saya buat ni agak ringkas saja dari lebihan RVC tempohari sebagai lapisan dasar dan juga cornflakes sebagai lapisan kedua dan di selangseli dengan lapisan cream cheese.

Melty Hershey
( Print resepi )

Lapisan Dasar:

Kek span coklat
Air nescafe secukupnya atau jus lemon - saya campurkan kedua-duanya ( 1 st jus lemon )

Letakkan kek dalam bekas sebagai dasar
Dengan menggunakan brush, sapukan air nescafe atau jus lemon untuk melembabkan kek.


Lapisan Dasar/tengah (saya tambah)

3/4 cwn Cornflakes - hancurkan
1 sb mentega  ~ cairkan

Gaulkan bersama mentega cair
Letakkan dalam bekas sebagai dasar/lapisan  tengah

Ganache Coklat:

150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange sunquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Biarkan sejuk
Sedia di gunakan

Lapisan Cheese:

250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese – biarkan pada suhu bilik
1/3 cwn gula caster

Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan gula. Putar hingga rata. Masukkan pula UHT whipping cream.Putar lagi hingga bercampur rata.

Cara Penyediaan: 

Letakkan lapisan dasar kek span. Sapukan dengan jus lemon/air nescafe

Cedok (guna piping pun boleh) adunan cheese ke atas lapisan kek tadi.
Paipkan coklat ganache. Letak  corn flakes pulak. Cedok adunan cheese ke atas cornflakes dan paipkan coklat ganache. Bolehlah dihias dengan coklat chip atau buah-buahan segar.

 

Ini last kopek cream cheese yang tinggal. Saya letak dalam gelas comel ni aje. Lapisan RVC kek serta biskut marie.


Selagi tak mencuba, rasa tak puas hati...bila dah cuba...baru senang hati...:)

Wassalam...

24 comments:

  1. skrng musim buat ni plak ye kak....sy msih x smpi seru lgi nak mencubanya....ntah bila la.....

    ReplyDelete
  2. dah cantek2 pek tu... mai la post kita satu...sedappp tu...

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya nampak tergoda lah akak nengokkan...

    ReplyDelete
  4. wow nampak macam sedap...lepas nie..boleh cuba...tq..

    ReplyDelete
  5. mmg ramai yg kata ni sedap..tp lom sempat2 lg nk try..harus buat cpt2 ni sblm ktiggalan..nak sbekas blehh..hehe

    ReplyDelete
  6. Syifa, sekarang dah boleh dok diam2 sebab dah cuba :)

    ReplyDelete
  7. Mori, meh bagi address nak post..

    ReplyDelete
  8. Mmg sedap Yan tapi tak leh makan lebih-lebih.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..alahaiiii sedapnya..budak2 sukalah ni...

    ReplyDelete
  10. Waaaaahhhh this looks so yumm and appetizing dear...;)

    ReplyDelete
  11. Sue, TQ singgah, nanti saya balas kunjungannya

    ReplyDelete
  12. eemmmm....sedapnya, bilalah saya nak mencubanya pulak!!!!!

    ReplyDelete
  13. Aslmkum Marsita
    sedappp....tambah gambar besar dan jelas...mcm terhidang di dpn mata....mmg yummyyy

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS