Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Setelah menjamu mata dengan baby photo ,...hari ni kita ketahui sedikit fakta menarik tentang bayi semasa dalam kandungan. Mana tahu berguna buat bakal-bakal ibu di luar sana :)
1. Sekitar usia
3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air
kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh
menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara
sudah mula
terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia
4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain
dgn tali
pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang
sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu
yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga
usianya 5 bulan.
4. Ketika
usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem
pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut
halus di perut.
5.
Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut
ibunya
dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6.
Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan
mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7.
Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.
Aktiviti
bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8.
Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di
dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan
menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10.
Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar
untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama
ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
( Sumber : Info Semasa )
Wassalam...
menarik...
ReplyDeletetq sharing kak..
bagai teringin lagi..hehe..