Chocolate Cherry Muffin

Monday, March 11, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar tawan-tawan...:) Harap semuanya sihat wal afiat ya... Dan diharapkan hujung minggu anda yang baru berlalu diisi dengan masa yang bukan sahaja berkuantiti malah berkualiti juga...,Insyaallah...

Muffin ini direalisasikan sebagai usaha untuk menghabiskan stok ceri dalam tin dari hamper CNY tempoh hari. Tak tahu nak buat apa dengan ceri ni. Bila saya Google ada terjumpa beberapa resepi muffin yang menggunakan buah ceri. Apa lagi, bolehlah saya memanafaatkan buah ceri ni kan daripada terus tak digunakan hingga tiba tarikh luput pulak.

Resepi asal muffin ni menggunakan blueberry, saya terus ajelah C&P. Tapi lepas tu bila saya google lagi baru jumpa resepi yang betul-betul menggunakan buah ceri. Disebabkan saya dah C&P resepi blueberry maka saya ikut ajelah, cuma gantikan blueberry tu dengan ceri. Lagipun resepinya hampir sama aje.

Okay...terus ke resepinya ya...


Chocolate Cherry Muffin
Print  resepi )

Bahan:

1 biji telur, dipukul
1 cawan yogurt – saya guna buttermilk
1/3 cawan minyak sayuran
1 st ekstrak vanilla
2 sb jus cherry dalam tin
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/4 st baking powder
1/2 st baking soda
1/4 sudu teh garam
1- 1 1/2 cawan cherry dalam tin (asingkan jusnya)
½ cwn cip coklat

Cara:

Panaskan oven kepada 190 celcius. Sapukan muffin tray dengan butter atau isikan dgn muffin cup/papers.

Menggunakan whisk, pukul telur, yogurt/buttermilk, minyak, jus cherry dan ekstrak vanilla dalam satu mangkuk.

Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung, baking powder dan baking soda (diayak bersama), gula dan garam. Kemudian, masukkan cherry dan cip coklat.

Masukkan campuran buttermilk  tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga adunan menjadi likat, ( tak perlu kacau terlalu lama cukup hingga sebati dan likat ).

Isikan adunan ke dalam muffin cup hingga ¾ penuh kerana adunan ini tidak naik  terlalu banyak. Masukkan ke dalam oven selama 15 - 20 minit atau hingga lidi yg dicucuk ke dalam muffin keluar bersih. Biarkan ia sejuk sebentar sebelum dihidang.



Muffin ni okay jugak rasanya...tak terlalu manis. Bolehlah nak buat untuk minum petang.

Wassalam...

2 comments:

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS