Pineapple-Peach Crumble

Friday, March 01, 2013



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Salam sayang buat semua. Syukur kerana masih diberi ruang  dan peluang untuk terus bernafas, diusia yang baru aje mencecah lagi setahun kira-kira 24 jam yang lalu. Sebelum itu, ribuan terimakasih atas ucapan sempena hari lahir dari keluarga dan teman semua buat saya. Amat saya hargainya.

Sekejap aje kita dah sampai ke bulan terakhir di suku tahun pertama kan? Di sini pun hujan saja minggu ni...cuaca lembap, mood pun secara tak langsung agak lembap jugak..:(

Ini sebenarnya entri tertunggak...pemanis mulut hasil dari apa yang tersedia di dapur aje. Ilham dari Giada de Laurentiis yang saya tonton selalu. Saya ubah-suaikan ikut apa yang ada di dapur.


Pineapple-Peach Crumble
(Untuk 4 ramekins , tinggi 3.5 x lebar 2 inci )
 ( Print resepi)

Bahan:

Filling:


1 cwn nenas dalam tin – toskan, potong  4
1 cwn peach dalam tin – toskan, potong 4
3/4 tsp serbuk kayu manis
1/4 tsp tepung ubi

Crumble Topping:

1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn kacang tanah panggang (boleh ganti dengan oats atau kacang lain)
125 g @ 1/2 cwn unsalted butter (baru keluar peti ais dan potong dadu)
1/2 cwn gula perang
1/4 tsp garam halus

Cara:

Letakkan rak oven di tengah-tengah. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius.  Griskan 4 ramekin. Ketepikan.

Untuk filling:  Campurkan semua bahan filling dan gaul rata. Masukkan sama banyak ke dalam 4 ramekin tadi.

Untuk topping: Dengan menggunakan food processor, campurkan tepung, kacang, garam, gula dan butter. Putarkan dengan menggunakan ‘pulse’ sehingga campuran menjadi seperti serbuk peas.

Sudukan topping ke atas filling tadi.  Letak ramekin atas dulang pembakar dan bakar selama 18-20 minit atau sehingga topping kekuningan dan filling kelihatan berbuih. Sejukkan selama 10 minit  dan boleh dihidang bersama aiskrim jika suka. 



Sampai sini dulu...salam sayang sekali lagi buat semua....muahhh!


Wassalam...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Marsita... tengok crumble tu meleleh kat tepi remkins tu... mengiurkan... nk ckit leh...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS