Baking Powder - yang perlu kita ketahui

Wednesday, February 06, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Bagi pembuat kek atau yang sangat suka mem"baking"  pasti ada menyimpan baking powder atau tepung penaik di pantry masing-masing kan? Hari ni kita belajar sikit tentang Baking Powder nak tak?

Baking powder adalah sejenis bahan kimia yang bertindak sebagai agen penaik dan mengandungi campuran alkali dan asid lemah. Sesuai dengan namanya, baking powder/tepung penaik berfungsi  untuk meringankan, dalam masa yang sama meningkatkan kandungan adunan serta menaikkan adunan semasa dibakar.

Reaksi antara asid-alkali dalam baking powder akan mengeluarkan gas karbon dioksid  apabila bahan basah dimasukkan kedalam bahan kering lalu menaikkan/meringankan adunan tersebut.

Sebenarnya tindakbalas ini sama seperti tindakbalas yang dilakukan oleh yis apabila digunakan dalam adunan tetapi yis tidak sesuai digunakan untuk kek disebabkan bukan saja oleh baunya tetapi kerana adunan kek tidak dapat menampung gas yang dihasilkan oleh yis kerana daya elastiknya tidak cukup ampuh.

Baking powder pun ada tempoh luput. Tapi kalau baking powder kita tu dah tersimpan lama selepas dibuka dinasihatkan kita uji dulu ia elok ke tidak sebelum digunakan, sebab tarikh luput ni adakalanya tak boleh di pakai sangat.  Kalau kita nak pastikan samada baking powder kita tu masih elok atau tidak...caranya;

Masukkan 1 tsp baking powder ke dalam 1/3 cwn air panas. Kalau campuran tersebut terus berbuih, baking powder anda tu masih boleh digunakan. Kalau tak...beli yang lain aje. Nanti kek tak naik pulak:).

Dan....kalau kita ada resepi yang menggunakan buttermilk...AWAS...! Kalau boleh gantikan buttermilk tu dengan susu biasa aje. Sebabnya, buttermilk lebih berasid dan ia akan mengganggu keseimbangan alkali pada baking powder. Buttermilk yang lebih berasid itu akan mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksid dan menyebabkan adunan tak berapa naik dengan elok. Kalau masih juga nak gunakan buttermilk pun boleh. Caranya, kita gantikan sedikit atau kesemua baking powder yang diperlukan dengan baking soda. Contohnya; untuk setiap cawan buttermilk yang digunakan, kurangkan jumlah baking powder dalam 2 tsp dan gantikan dengan 1/2 tsp baking soda.
Kenapa nak kena ganti dengan baking soda? Itu kena kajilah pulak pasal
baking soda dilain kali...

Tahu tak lagi bahawa paras ketinggian/altitute pun boleh mempengaruhi
 keberkesanan tindakbalas baking powder ni. Kalau kita berada di tempat yang tinggi, kita kena kurangkan penggunaan baking powder sebab tekanan udara adalah rendah pada altitute yang tinggi, bila tekanan udara rendah lebih banyak gas karbon dioksid dikeluarkan. Jadi kalau kandungan baking powder tak dikurangkan  tekstur kek akan menjadi lebih kasar.

Okay...harap perkongsian ini dapat meningkatkan ilmu disamping memberi manafaat serta  membantu kita di dapur.

Source: diolah dari Google

 Wassalam...

6 comments:

  1. thanks Mar berkongsi fakta ni tulah kan kena banyak membaca jugak ni kalau tak main hentam keromo je perut kita jadi sasaran ..

    ReplyDelete
  2. infor yang berguna...thxs for sharing

    ReplyDelete
  3. bagus sangat info ni utk kita semua yg suka baking.. terima kasih ye berkongsi terutama cara nak uji keaktifan baking powder tu...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS