Setengah dan setengah?

Monday, January 07, 2013

Source: Google
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Apa khabar teman semua? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga tercinta dan semoga terus bersemangat di dalam menjalankan tugas seharian. Saya menghabiskan sisa-sisa masa petang semalam dengan melayari antara laman blog masakan yang saya gemari iaitu Foodgawker. Saya ternampak beberapa resepi yang menggunakan bahan yang dipanggil "Half and Half". Salah-satunya Di Sini . Apa dia "Half and half" tu? Kalau diterjemahkan ke Bahasa Malaysia pulak jadi apa ya..?"Setengah dan setengah" atau "separuh dan separuh"?:)

Apa-apapun "Half and half" sebenarnya adalah salah-satu dari produk hasil tenusu seperti juga whipping cream,  whole milk, cultured milk dan sebagainya. Tetapi "Half and half" mengandungi campuran setengah susu segar dan setengah cream dengan kandungan lemak yang agak rendah, diantara 10.5-18% lemak susu. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah berbanding "heavy cream" mahu pun "light cream".

Saya tak pernah nampak lagi "Half and Half" ini di supermarket di sini atau pun di kedai bakery yang pernah saya kunjungi, tetapi kalau suatu hari ada resepi yang perlukan penggunaan "Half and half" tak perlu risau. Nak buat homemade "Half and half", bolehlah campur whole milk dan heavy cream/whipping cream dalam nisbah yang sama.

Harap perkongsian ini dapat kita manafaatkan bersama.


Source:IDFA ,

Wassalam...

3 comments:

  1. thank u sis.memang selalu jumpa half & half dlm buku resipi dr oversea.but selalu x jd buat coz tak pernah jumpa benda tu.lps ni boleh la buat

    ReplyDelete
  2. Tqvm. baru tahu, buta makanan betul akak ni

    ReplyDelete
  3. mcm x pernah tau aje KA ni

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS