Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Teringin sangat nak buat serimuka pulut hitam ni sejak ternampak Cik CT Delima tayang kat blognya. Dah setahun saya tunggu masa yang sesuai. Ya lah Cik CT tayang kuih ni kat blog dia bulan 12. Sekarang dah bulan 1. Setahunlah kan? :) Saya google jugak kot-kot ada resepi lain yang boleh saya cuba. Bukan sebab yang Cik CT buat tu tak cukup mantop tapikan masing-masing ada style dan cara tersendiri untuk menyediakan resepinya. Google punya google tup-tup tersinggah kat blog Chah yang dah agak lama juga saya tak singgah sejak beliau ke tanah suci tempoh hari. Apa khabar agaknya Chah ya. Rindu sangat nak dengar celoteh Chah yang jujur sambil dia meratah milo kat dapur. Kuih ni kira macam tribute untuk Chah lah jugak.
Tapi kejadiannya tak berapa cantik sebab plastik yang saya alas kat
loyang tu tak cukup besar dan kemas jadi tepi-tepinya ada sikit
hodoh bila diangkat keluar dari loyang. Lepas tu macam Chah gak, saya asyik nak bukak kukus nak cek atas dia dah masak ke belum. Permukaan bulan pun cantik lagi dari kuih ni. Hodoh pun hodohlah asalkan puas makan.
Apa-apa pun, Terimakasih ya Chah untuk resepinya. Saya share kan di sini pulak ya...
1 cawan pulut hitam ( saya letak 1/2 cwn)
1 cawan pulut putih ( saya letak 1 1/2 cwn)
* jika tak mahu hitam sangat seperti versi saya, gunakan ½ cawan sahaja pulut hitam dan 1 ½ cawan pulut putih
Santan pekat (secukupnya)
Simpulan daun pandan
Garam secukupnya
Secubit gula
Lapisan atas:
3 biji telur
2 cawan santan pekat
¼ cawan jus pandan (daripada 7-8 helai daun pandan)
Gula secukupnya ( saya letak 3/4 cwn)
3 ½ sudu besar tepung gandum
1 ½ sudu besar tepung jagung
Garam
Cara:
Basuh dan rendam pulut hitam semalaman. Pulut putih pula cukup sekadar 1-2 jam sahaja. Ini kerana pulut hitam lebih keras berbanding dengan pulut putih. Jika tidak, masa mengukus perlu dipanjangkan.
Campurkan siputih dan si hitam. Jangan lupa daun pandan untuk mewangikan pulut.
Kukus hingga masak. Gaulkan dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan secubit gula. Kacau dan harung sebati.
Masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi hingga pulut betul-betul lembut.
Keluarkan pulut dari pengukus dan tekan dalam springform hingga padat. Jika tidak menggunakan springform, lapik loyang biasa dengan plastik untuk memudahkan kerja-kerja mengeluarkan dari loyang dan memotongnya nanti.
Sediakan bancuhan untuk lapisan atasnya pula.
Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
Pecah-pecahkan buih-buih yang timbul untuk mengelakkan permukaan kuih tidak licin bila
telah masak nanti.
Tuang perlahan-lahan atas lapisan pulut tadi. Kukus hingga masak anggaran 25-35 minit dan hingga nampak wap keluar dari pengukus. Jika asyik tak sure je macam saya, cucuk aje dengan garfu untuk ujian masak ke belum, belum ke masak.

Wassalam...
tak pernah mkn lagi serimuka pulut hitam...
ReplyDeletejadi teringin lak..he3
hi hi, ada lagi sikit Mas. Nak ke?
Deletesedapnye...
ReplyDeletelain dari yang lain..biasa mkn dengan pulut putih tu jer..
tu lah, saya pun 1st time makan yang ada pulut hitam ni...
ReplyDeleteErmmm...sedap nampaknya...teringin nak mencuba...
ReplyDeletecuba jgn tak cuba kak gee
DeleteGood idealah Mar. Kakak tak pernah makan dan tak pernah jumpa juga. Tapi dapat bayankan mesti sedap ni. Macam nak buatlah...
ReplyDeletekak Zakie, buat jgn tak buat...mmg sedap...
DeleteTakdelah teruk sangat permukaannya tu. Saya pernah buat lagi teruk, tapi puas hati sebab buat sendiri.
ReplyDeletebetul tu Zila...TQ
DeleteBelum pernah makan lagi serimuka pulut hitam,nampak sedap ni.
ReplyDeletetry Norzie, mmg tak rugi cuba...
Deletesedapnyer! lom penah buat serimuka versi pulut hitam... nak kena cuba juga ni...
ReplyDeletecuba jgn tak cuba kak Madihaa
Deletemesti kena try sbb pulut hitam dah ada tunggu budak R dtg baru lah daapat buat ni heee nmpk sedap tu
ReplyDeletehihi siapa budak R tu kak?
Deletewahh..sedap serimuka pulut hitam ni..kita pun suka..tapi kita punya 2 lapis atasnya(2 warna) tu..
ReplyDeleteterasa lemak2 pulut hitam kat tekak ni..huhu..
Ayu...hi hi...1 warna pun jenuh buka tutup kukus...kalau 2 warna pengsan.
DeleteAyu...hi hi...1 warna pun jenuh buka tutup kukus...kalau 2 warna pengsan.
ReplyDeletemmg suka tp x pernah guna pulut hitam. Kena cubalah
ReplyDelete