Grill, broil atau BBQ?

Thursday, January 24, 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sebelum terlupa....Salam Maulidurasul buat semua...

Hari ni kita cerita sikit pasal bakar-membakar ya.
Dalam famili saya, yang agak pakar dalam bab-bab membakar bila ada BBQ 
ni tak lain tak bukan Cik Suami lah. Jadi tak hairanlah kalau keluarga berkumpul dan ada program BBQ, tugas ni mesti diserahkan kepada Cik Suami...termasuklah bab membakar lemang.

Kita cerita-ceriti sikit pasal grilling/membakar?

Apa dia Grilling/Bakar:

 Gril/bakar adalah proses memasak melalui kaedah membakar  dengan kepanasan yang tinggi menggunakan api bawah. Untuk memasak daging melalui proses pembakaran, kepanasan yang tinggi (260 C) diperlukan dan proses masaknya  hanya memerlukan waktu yang singkat dan daging perlulah dihiris sebelum dibakar.  Daging yang dibakar akan mengeluarkan aroma yang enak walaupun tidak diperap. Tahu tak dari mana aroma tersebut terhasil?  Aroma tersebut akan terhasil hanya bila suhu pembakaran ke atas daging melebihi 155 C dan ianya  dihasilkan akibat dari proses yang dipanggil tindak balas Maillard iaitu tindakbalas kimia di antara asid amino dan proses pembakaran gula.  Tak diperap pun dah berbau enak apatah lagi kalau diperap dengan pelbagai ramuan dan herba. Pasti lebih enak baunya kan?


Ramai di kalangan yang mengambil berat tentang kesihatan suka pada makanan yang dibakar sebab ia tidak memerlukan minyak seperti menggoreng. Tapi pernahkah anda dengar fakta yang mengatakan kalau selalu makan daging yang dibakar kita boleh terdedah kepada penyakit kanser?

Tahu kenapa?

 Para penyelidik telah mengkaji dan terdapat kaitan yang relatif diantara penyakit
kanser perut, kanser payu dara, kanser kolon dan kanser pankreas dengan kadar pengambilan yang tinggi daging yang dibakar. Susah juga ya...tujuan kita membakar sebab nak kurangkan kolestrol akibat penggunaan minyak yang banyak dari kaedah menggoreng tapi lain pulak kesannya bila membakar. Kenapa pula ya? Sebenarnya, bila kita membakar daging, ayam/itik atau ikan, antara bahan yang terhasil selain dari aroma yang harum ialah Heterocyclic Amine. Ha.., bahan inilah yang dikatakan boleh menyebabkan kanser.Tahu tak bahawa orang yang makan daging yang dibakar secara "medium-well" atau "well-done" adalah tiga kali ganda lebih terdedah kepada penyakit kanser perut dari orang yang makan daging yang di bakar secara "rare" atau "medium-rare". Ini disebabkan Heterocyclic Amine hanya akan terhasil  pada suhu tinggi sahaja. Dan daging yang dibakar hingga masak  "medium-well" atau "well-done" memerlukan api yang berkepanasan tinggi.

Jadi kalau suka makan daging yang dibakar, kenalah makan yang dibakar separuh masak ya...:)

Atau...,

 pastikan kita "marinate" atau perapkan  dulu daging dengan jus limau atau herba seperti herba Rosemary  sebelum dibakar sebab kajian juga mengatakan dengan memerap akan mengurangkan proses pembentukan Heterocyclic Amine apabila daging tersebut dibakar walaupun pada suhu tinggi, justeru mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser. Ini kerana jus limau dan herba ini mengandungi anti oxidan yang boleh mengurangkan pembentukan Heterocyclic Amine (HA)


Okay, itu saja perkongsian hari ini. Lain kali kita sambung dengan broil pulak ya.

Wassalam...

(Sumber maklumat & photo: Google)


7 comments:

  1. dah lama tak buat bbq. Teragaklah pulak. Makan dengan nasi lemak. hehe.. tapi bundo selalu bbq ayam atau buat ikan bakar je. Tak pernah buat daging. Dan yang hitam-hitan kesan terbakar tu juga jangan makan. Tu pun boleh sebabkan canser. kata oranglah...

    ReplyDelete
  2. Salam Bundo, yang hitam tu lah ada bahan yang boleh menyebabkan kanser...:)

    ReplyDelete
  3. Mmg btl..zila pernh baca info nie..sejak tue trus takut..nk mkn sate pun sntiasa bringat .

    ReplyDelete
  4. info kesihatan yg cukup bagus bg mereka yg belum tau.sebulan adalah sekali or 2 kali je makan sate.mmg pernah terbaca sebelum ni

    ReplyDelete
  5. tq kak.. penah dengar pasal bakar2 ni bila sibuk pasal org mengatakan makan sate leh dapat kanser dulu... so bertambah le ilmu saya arini...mmg suka bab2 gini..

    ReplyDelete
  6. Thanks Mayang, semuga kita dapat manafaatkan bersama info ni:)

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS