Sumber dari Google |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kita selalu dengar orang kata kalau makan labu nanti perut angin, malah saya sendiri kadang-kadang takut nak makan buah labu atas sebab yang sama. Dalam takut-takut tu sebenarnya masakan yang berasaskan labu ni memang menjadi kegemaran saya dan saya rasa teman-teman juga begitu kan? Buatlah apa saja dari gulai, pengat, kuih-muih, muffin, tumis air, kek, hinggalah ke makanan bayi, hasilnya tentu sedap dan pasti tidak akan mengecewakan.
Sumber : Dapur Ibundo, Ayu, Chah, Nor |
Semalam saya terdengar petikan dari salah satu ceramah oleh Ustaz Kazim Elias di Radio Perak FM, tentang banyaknya khasiat buah labu malah katanya, Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari buah labu. Selain daripada itu katanya, buah labu kalau betul cara masaknya boleh mengelakkan angin.
Baginda Rasulullah SAW suka kepada buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS". Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Hai Aishah
apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu
itu menguatkan hati yang duka".
(Sumber: Amalan Rasulullah)
Pelbagai khasiat buah labu dan bahagian lain pada pokok labu ini boleh di baca Di Sini juga.
Saya cuba google tentang cara masak labu yang betul untuk mengelakkan angin tapi tak ada pulak. Kalau kacang panjang , nak elakkan angin kita kena makan waktu masih panas. Labu pulak macamana ya? Ada sesiapa yang tahu...boleh tolong share.
Sumber dari Google |
Wassalam...
Labu ni sedap actually..especially yang dimasak lemak dengan lada hitam dan bilis..hmm. Anyway gambar labu tu so cute...
ReplyDeletesaya suka labu.. tapi anak2 or asben tak suka plak.. melainkan labu di buat cucur jemput je.. hmmm
ReplyDeleteKA pown minat labu2 ni.
ReplyDeletesalam kak, mmg pernah terbaca ttg khasiatnya,...ternyata mmg sedap makanan2 yg terhasil dr labu..
ReplyDeletesalam kak mar,
ReplyDeleteruginya klu x mkn labu kan..zila suka buat pengat..bingka pun sedapp..wahh sebut bingka mmg lama btl x buat..mising giteww heh hhee