Bubur Kacang Diyan

Friday, November 09, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,  

Alhamdulillah syukur kerana dengan izinNya kita bertemu sekali lagi di hari Jumaat ini yang juga hari terakhir persekolahan, Mungkin ada yang dah berkira-kira dan merancang untuk memenuhi cuti yang panjang ni pergi bercuti bersama anak-anak. Mana yang bekerja pulak tentu dah merancang untuk bercuti panjang sambil menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki. Apa-apapun semoga perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar, Insyaallah...


Beberapa hari lepas anak buah Cik Suami di pejabat ada memberikan beberapa biji buah durian. Musim durian baru nak bermula. Elok sangat lah tu ya...mana yang ada dusun di kampung tu, moh pakat-pakat balik kampung tunggu buah diyan gugo. 

Rasanya macam tak puas kalau semua durian ni dimakan mentah gitu aje. Jadi separuh kami makan mentah dan selebihnya buat bubur kacang.  Semalam semasa ke Mydin membeli kelengkapan anak untuk ke Kem Ibadah selama sebulan yang akan bermula Ahad ni, saya beli sekali kacang hijau untuk di buat bubur durian ni.

Bubur Kacang Durian
Oleh: mymintroom

Bahan:

2 cawan kacang hijau
Beberapa ulas durian (ambil isi sahaja, boleh juga masukkan beberapa ulas dengan bijinya sekali jika suka )
3 cawan santan pekat
Sekeping gula melaka *
Beberapa sudu besar gula pasir (ikut kemanisan disukai) *
Air secukupnya *
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara:

Bahan * dimasak hingga larut, tapis dan ketepikan.

Dalam periuk berasingan, kacang hijau direbus bersama air hingga empuk.

Campurkan semua bahan kecuali santan. Biar hingga mendidih.

Masukkan santan, tambah secubit garam, masak atas api sederhana dan kacau sekali sekala hingga mendidih. Tambah gula jika perlu dan masak sekejap sebelum api dimatikan. Siap untuk di hidang. Sesuai juga dimakan bersama roti dan biskut kering.

Wassalam...

23 comments:

  1. K.gee nk bubur kacang jer diyan taknak...

    ReplyDelete
  2. Mula tu kakak ingat apalah Diyan tu Mar hihi... yelah kitakan selalu sebut Bubur Diyan - tapi bila tulis macam tu dah lain pulak kan.

    Mangkuk yg Mar guna cantiklah..

    ReplyDelete
  3. durian kita nak...kcg hijau kita x nak hihihi...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    selamat pagi.. sedapnya bubur kacang ada durian seketul plak tu..
    ni kalau breakfas, makan ngan roti bakar.. sedapnya... aiishhh.. nak wat gak la..

    ReplyDelete
  5. terlioq nya tengok kan ni dah lah tkde doyan kat sini masa ni huhhhh nak majuk lah heeee

    ReplyDelete
  6. hmmmm... deghoyan lagi. Sana sini ada durian.. musim ye tak.
    sedap tu..

    ReplyDelete
  7. adodoi....Kak Gee....meh ler...ada lagi nih tinggal bubur kacang je...diyan dah habis ken ngap ngan Cik Suami.

    ReplyDelete
  8. Heh Heh...Kak Zakie dah terkena..mmg saja letak Diyan tu nak tarik pembaca:)

    ReplyDelete
  9. Mas nak diyan aje...kak G nak kacang aje...emmm...bagi dua lah nampaknya

    ReplyDelete
  10. Mrs Eady...kang lady gaga lak yang jengah kang he he

    ReplyDelete
  11. Ololo Kak Noor...tak lama lagi sampai lah diyan kat sana tu...jgnlah majuk

    ReplyDelete
  12. Tak lama lagi mesti Bundo lak buat kan?

    ReplyDelete
  13. bubur kacang tu ok, doyan tu no no no hehe

    ReplyDelete
  14. KA,
    emm, ramai juga teman bloggers yang tak mkn diyan yer...

    ReplyDelete
  15. lazatnya..musim durian la ni ye...:)

    ReplyDelete
  16. sedapnya kak..bak mai sikit hihi

    ReplyDelete
  17. Fav sis ni....mmg tak cukup semangkuk.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum, morning ..... buboq ada lagi ka? cheq bawak lauk ayam afrika ni :-)

    http://alamroon.blogspot.com/2012/11/ayam-afrika.html

    ReplyDelete
  19. Salam Knor..musim baru nak mula

    Mama Aryan, batch ni dah habis. Semalam dapat diyan free lagi satu batch :)

    ReplyDelete
  20. Norzy, saya pun suka jugak.

    Mala, buboq dah habis lah dear. TQ nanti saya gi lawat ye...

    ReplyDelete
  21. lama tak mkn bubur kacang derian kak..ni baru lps mamam durian, ada masa nak buat juga..sedapnye..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS