Monday, November 26, 2012

Ayam Blackpepper Daun Bawang Zila Forever



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Dah makan? Dah minum? Dah kenyang?  Alhamdulillah.... Bila perut dah diisi, barulah hari yang dilalui akan lebih lancar tak gitu?  Otak pun boleh berfikir dengan lebih berkesan.


Pagi semalam operasi mengemas bahagian dapur termasuk mencuci peti es. Lepas cuci tu, bila buka aje peti es tu, automatik senyum terukir di bibir tengok peti es yang suci bersih :). 

Lauk ni semalam punya menu makan malam.  Makan ngan nasi panas-panas em..pas tu tergigit lak cili api Thai yang merah menyala tu...berpeluh-peluh dibuatnya.

Terimakasih dik Zila atas perkongsian resepi Ayam Blackpepper ni. Tapi, akak tak ada stok sos lada hitam jadi akak ganti dengan Worcestor sauce yang selalu omputih letak bila buat sos black pepper. Memang sedap masakan ayam ni. Akak kongsi pulak di sini ya...



Ayam Blackpepper Daun Bawang
Sumber: Zila

Bahan:
1/2 ekor ayam dibersihkan - saya guna bahagian dada ayam saja 
1 sudu besar black papper - jenis kasar ( saya letak 1 1/2 sudu besar)
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Serbuk kunyit
2 sudu besar sos lada hitam - saya ganti dengan 1 sudu besar Worcester Sauce
Daun bawang
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
2 biji tomato - jika suka - saya letak sebiji ubi kentang potong kecil & di goreng dulu
1 biji bawang besar - saya letak 2 biji ( sebiji potong dadu, sebiji lagi di mayang )
Sedikit kicap
Sedikit cili api - ini saya tambah

Cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
Lumurkan serbuk kunyit dan garam (saya letak serbuk lada hitam sedikit), perap sekejap dan goreng hingga garing.
Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat, dadukan bawang besar.
Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
Masukkan ayam, gaul rata..masukkan tomato (ubi kentang dan bawang yang dimayang) serta daun bawang ( dan cili api) .
Masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..Sedia dihidang.

Wassalam...

6 comments:

  1. sedapnya ayam black paper ni.. terliur tengok.. saya nak print resepi..

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnya nampak ayam black pepper ni gambar pun lawooooooo lah

    ReplyDelete
  3. salam syg kak mar,,
    uitss dh cuba yer..tq kak sudi menerai..tgk pic akk nie mcm nk amik jew sepiring..waallaaa laparrr:)

    ReplyDelete
  4. Oh... dah buat style zila ye Mar. Mesti sedap. Kakak tengok gambar jadilah.

    ReplyDelete
  5. sedap ni mmg suka buat bubuh black pepper cam ni

    ReplyDelete
  6. salam kak, pekat menjilat jari..

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar