Lemony Caramel Puding

Tuesday, November 27, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,   

Pagi ni agak sibuk sikit...sikit aje...biasalah hujung-hujung tahun ni segalanya expired...roadtax lah..lesen lah...tapi sempat lagi cilok untuk up-date entry hari ni.:) 


Kadang-kala... bukan selalu, bila lepas makan malam tambahan kalau menu malam tu agak pedas, Cik Suami akan tanya "Ada dessert tak?" Jadi nak senang, buat je lah yang senang yerk.

Resepi ni ada kelainan sikit. Saya gantikan 3 sudu besar air tu dengan 3 sudu besar jus limau. Bila makan ada lah rasa masam-masam kan...kurang sikit rasa bersalah sebab terlebih "intake" gula heh heh.


Lemony Caramel Puding
Bahan untuk Karamel:

3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar jus limau atau jus oren jika suka

Bahan A:

1 bungkus agar-agar serbuk (tanpa warna, 7 gm)
4 cawan air
130 gm gula pasir

Bahan B:

1 tin susu cair @ 400gm
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(campur sebati semua bahan B dalam satu bekas)
Cara :

Untuk membuat karamel,hanguskan gula dalam kuali... Bila dah kesemua hampir larut/berwarna emas.. tuangkan sedikit jus limau perlahan-lahan (masa menuang perlu berhati-hati sebab sangat panas dan  mudah meruap). Tuangkan ke dalam acuan.

Dalam periuk,  didihkan bahan A. Kemudian kecilkan api dan masukkan pula bahan B. Kacau lebih kurang 3 minit atau sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api.
Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.

Sejukkan sebentar dan boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bolehlah potong dan dihidangkan sejuk-sejuk.


Emm..., nyamannya..."guilty free dessert" nih... Cuba jangan tak cuba tau...

Wassalam...

8 comments:

  1. sedapnya.. sib baik baru je wat last week.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....dah lama akak tak makan puding caramel.

    ReplyDelete
  3. Aduh mak aii... terliornya.. yummeh...

    ReplyDelete
  4. feveret ni dessert ni mar...tapi tak pernah buat lg yg masuk lemon...mar jemput sertai contest MAGGI Good to Great Campaign..kat blog mieza
    http://mothercooks.blogspot.com/2012/11/maggi-good-to-great-campaign.html

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Tak pernah buat ☺☺

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Tak pernah buat ☺☺

    ReplyDelete
  7. kak marr..
    mintak ampunnn sedap gilerrr..he hhee..kasi ler yg dh potong tue..zila dh brapa harinie tringin btl nk wt puding..tp malas..isshhh kecurr3x.

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS