Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Banyak kali dah buat mee kari. Salah satunya Di Sini. Memang feveret. Tak suka yang lemak dan yang pekat, jadi selalunya saya guna satu cawan santan pekat sahaja. Buat hari Jumaat lepas..sempat menjamu kakak ipar dan keluarganya yang datang bermalam di rumah sebab suaminya akan menjalani pembedahan kecil di mata.
Mee Kari
Bahan untuk Kuah :
400 g rangka ayam - potong kecil, basuh dan toskan
1 cawan santan pekat
2 keping fish cake – hiris ikut suka
1 peket fishball – potong dua setiap satu
Sedikit tauhu pok @ tauhu sponge
1.5 liter air (anggaran ) - tambah jika perlu
2 sudu besar jus asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu kecil gula perang
Bahan tumis:
1 kuntum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
3 biji buah pelaga *
2 biji bunga cengkih *
6 ulas bawang merah – kisar *
4 ulas bawang putih - kisar *
1 inci halia - kisar *
3 sudu besar udang kering - basuh dan kisar *
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili - kisar
3 sudu rempah kari daging
Bahan dimakan bersama:
Sedikit puchok goring / fish cake yang digoreng - dicelur
Sawi - dicelur
Taugeh - dicelur
Telur rebus – potong 2
Cili merah/hijau - hiris
1 peket mee kuning – dicelur
Cara:
Panaskan
minyak, tumis bahan tumis yang bertanda * hingga naik bau.
Masukkan
cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga rempah garing & pecah minyak.
Masukkan
rangka ayam dan gaul sebati, biarkan seketika (anggaran 10-15 minit). Kacau
selalu supaya rempah tak hangus atau melekat pada dasar periuk . Masukkan air. Bila dah didih, masukkan santan pekat, air asam jawa dan air
hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah mendidih,
masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.
Biarkan
kuah mereneh seketika sebelum dimatikan api dapur.
Adehhhh...terlior mee kari la pulak...
ReplyDeleteGambar yg Mar tayang tu besar dah buat kakak macam nak makan je rasa.
ReplyDeletebyk kali pown xpe sebab mmg sedap
ReplyDeleteterliur la pulokkk!!
ReplyDeletelemak2 pun tak apa..sedap..
ReplyDeletesedap nampak mee kari tu Mar anak2 akak pun suka ni mesti nk kena buat lagi kot
ReplyDeleteGee, mmg kdg2 kena buat gak bla kepingin..
ReplyDeleteYa ke KakZakie, jgn sampai jilat skrin udah le:)
KA, betul tu.
Mrs Eady,
ReplyDeletemai lee sini nak rasa...tapi kena buat lagi lah.
Knor, kalau pekat sgt nti kena komplen.
Kak Noor,
Kak noor buat pas tu kita makan sesama hi hi.
Gee, mmg kdg2 kena buat gak bla kepingin..
ReplyDeleteYa ke KakZakie, jgn sampai jilat skrin udah le:)
KA, betul tu.
aduhhh sedapnya...QH pon ade buat jugak mee kari..tp resepi mcm malu2 lak nk muncul..hehe
ReplyDeleteNampak sedap.. M tak pernah buat lg..
ReplyDelete