Mee Kari

Wednesday, July 11, 2012



Assalamualaikum,
     Sekejap je dah hari Rabu kan. Cepat betul hari berganti minggu.Tak lama lagi puasa lepas tu dah nak raya. Emm, Isnin lepas kawan e-mail kata nak datang rumah. Kebetulan saya berhutang agak lama dengan kawan ni untuk rasa mee kari saya. Rasanya dah makan tahun. Sebab dulu waktu sibuk dengan kerja, kadang-kadang dia tak ada masa, kadang-kadang saya yang tak ada masa. Adakalanya saya buat on the spot tak plan, dia pulak tak dapat datang. Sekarang saya dah jadi "DO" tak bergaji ni bolehlah dilunaskan hutang tu hi hi. Kebetulan hari Rabu ialah hari yang biasanya saya beli stok dapur jadi saya suruh dia dan teman yang lain datang hari Rabu aje  ( hari ni lah), jadi senang saya cuma perlu ke pasar sekali je lah kan. Mentang-mentanglah dulu kerja bahagian planning, semuanya saya nak  plan...dah terbiasa lah tu.
     Sejam habiskan masa kat pasar, dekat 11 pagi baru start enjin. Kengkawan datang dekat pukul 1 ptg.
Emm, sembang sakan sambil makan mee kari, sampai lupa posing.
Hidangan buat kengkawan..
      Ini resepi mee kari yang biasa saya buat. Dulu masa Kiki kecil lagi saya jarang buat mee kari ni sebab dia tak pandai makan. Tapi sekarang dia dah pandai makan dan "explore" macam-macam makanan jadi tiada masalah, dia pun boleh makan bila saya buat. Tak payah nak buat masakan lain.

      Bahan untuk kari:
8 ulas bawang merah – dikisar
4 ulas bawang putih – dikisar
10 tangkai cili kering – dikisar
1 cawan udang kering - direndam dan dikisar
1 cawan rempah kari daging
Santan dari sebiji kelapa (kalau tak suka lemak boleh kurangkan)
1ibu jari halia – dititik
I ibu jari lengkuas – dititik
2 batang serai – dititik
2 keping asam keping – saya tak letak
Garam dan gula secukup rasa
600g kaki ayam @ gantikan dengan daging kalau tak suka kaki ayam  (saya
 suka ratah kaki ayam)
10 ekor udang sederhana @ besar – rebus kepala,  kisar dan tapis rebusan airnya. Isi udang ni saya tak guna untuk mee kari sebab suami bukan suka sangat udang jadi udang saya save untuk menu lain.
Fish ball/fishcake 
Tauhu sponge yang dah di goreng 

     Bahan-bahan yg dimakan bersama:
Mee kuning
Kerang - rebus dan ambil isinya (saya tak letak sebab tiada stok)
Telur rebus
Daun sop dan daun bawang, boleh juga tambah daun pudina untuk lebih segar
Taugeh
Sawi dicelur
Hirisan lada merah. Kalau suka pedas hiriskan cili api sebagai ganti. 
Bawang goreng
Limau kasturi

     Cara: 
Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air serta halia,lengkuas dan serai.  Bila dah pecah minyak, masukkan kaki ayam dan teruskan masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan biar ia didih. Kemudian masukkan santan dan biar hingga merenih. Masukkan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge goreng.
Kari ni di makan bersama mee kuning, kerang, telur, sawi celur, tauge, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang (saya suka tambah daun pudina sebab rasa lebih segar). Perahkan limau kasturi sebelum dihidang untuk menambah aroma yang segar.

     Silakan...
















No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS