Masak Lomak Cili Api Ayam Kampung den....

Friday, October 05, 2012



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di hari Jumaat, penghulu segala hari. Sedikit mutiara kata buat renungan...


“Bukan semua yang menggembirakan hati kita itu baik untuk kita.  Adakalanya disebalik kegembiraan itu tersembunyi DERITA…
Dan bukan semua yang tidak menggembirakan hati kita itu tak baik untuk kita kerana adakalanya disitulah puncanya BAHAGIA…”

Baiklah...boleh mula celoteh..^-^.

Kalau dah namanya oghang Nogoghi, Masak Lomak Cili Api memang tak boleh dipisahkan. Bila lama dah tak kena tu rasa lain macam. Mulolah dok tokonang-konang. Dari hari Selasa dok bertangguh nak ke Mydin beli barang dapur. Nasib baik ada benda yang nak dimasak lagi dua-tiga hari lepas, tak adalah kalut sangat. Semalam pergi Mydin nampak ayam kampung saiz L (seberat 1.47kg) ni, rasa teringin sangat nak digulai lomak cili api yang dah lama kuidamkan.

Bukanlah penggemar tegar masak lemak cili api tapi bila lama tak makan tu rasa teringinlah sesangat kan. Bukan juga yang digemari oleh anakku yang sorang tu sebab dia pencinta kari tegar tapi sebab ayam, dia bedal semacam jugak. Sedap mak katanya. Balik sekolah semalam, walaupun dah makan nasi goreng telur, dia makan lagi sekali  sejam lepas tu, katanya lapar, tapi sebenarnya nak makan masak lomak cili api ayam kampung. Nasib baik saya masak nasi dah...sebab saya pun nak makan jugak. Walaupun jarang makan nasi waktu tengahari, lauk ni punya pasal...saya makan nasi tengahari semalam.

Ada sesetengah penggemar tegar masakan ni tak guna bawang langsung dalam masakannya. Saya cuma tak letak bawang kalau masak lemak cili api ikan. Ayam? Saya belum pernah cuba. Mungkin sedap tapi kena letak serai banyak-banyak, lagi banyak lagi sedap. Katanya lah....

Resepi Masak Lemak Ciliapi Ayam ni resepi yang biasa saya gunalah. Ada masanya saya letak kerisik tapi kali ni saya tak letak sebab tak ada stok. Lagipun hari ni buat agak lemak dan pekat sikit kuahnya. Saja je...lepas tu kalau ada kuah lebih boleh cicah ngan cucur. Dan saya juga letak sesudu kecil lada hitam yang dikisar untuk sedikit kelainan dan kehangatan, chewah.


Masak Lemak Ciliapi Ayam Kampung


Bahan:

1 ekor ayam kampong – potong kecil ikut suka
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
4  batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dibelah/disimpul
3 biji ubi kentang – potong 2
Garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk :-

12 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas kecil bawang putih
1 sudu kecil lada hitam - kisar

Cara:

Masukkan bahan tumbuk, lada hitam yang telah dikisar, serai dan serbuk kunyit (jika kuah tak berapa kuning) ke dalam periuk. Didihkan dan masak hingga daging ayam kecut. Kalau guna ayam tua/ayam pencen perlu didih lama, tambah air jika ia kering.

Bila ayam dah kecut dan dagingnya dah lembut, masukkan santan cair dan ubi kentang. Teruskan masak hingga ubi empuk dan kuah sedikit surut. Masukkan garam secukup rasa dan santan pekat serta asam keping .

Kacau sekali-sekala dan masak  hingga kuah nampak sedikit pekat. Seimbangkan rasa, masukkan daun kunyit , teruskan masak sekejap lagi dan tutup api.

Sedia untuk dihidang.



Saya buat pedasnya ala-ala manja gitu sebab nanti anak makan berselang ngan air pulak. Kesian nengoknya. Jadi kalau nak terasa pedas, hah gigit aje lah cili api yang tergolek kat dalam pinggan tu.

Wassalam

14 comments:

  1. he hhee kita bkn org n9..tp klu lomak mmg fav kami sefamily..sedppp sgaattt..lg2 yg berapi..adusss:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....kat tempat akak susah nak cari ayam kg.

    ReplyDelete
  3. Kakak boleh ikut nie sebab esok nak balik kampung - bolehlah tangkap ayam 2 ekor dari reban bapak kakak.

    ReplyDelete
  4. wah...
    tgk gambar je da rasa sedap..
    ada resepi leh la try ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  5. Perghhhh...mantop. Lamo den tak buek gulai lomak cili api nih.

    ReplyDelete
  6. Zila,mmg lagi pedas lagi sedapppp

    ReplyDelete
  7. Mrs Eady, kami makan lauk aje semalam, nasi kurang...

    ReplyDelete
  8. Hi Norzie.., ayam kg ni kat supermarket aje skrg senang nak dapat. Kat pasar atau psr mlm pun kena order baru ada kot.

    ReplyDelete
  9. Kak Zakie... 2 ekor...banyak tu boleh lah join sekaki.

    ReplyDelete
  10. Ira, thanks for joining...try nanti boleh tumpang rasa lak hi hi..

    ReplyDelete
  11. Fiza,
    Thanks for following.Den pun lamo yo tak buek...

    ReplyDelete
  12. memang menawan kalbu... semalam buat kari ayam

    ReplyDelete
  13. Marsita...nampak sedap tu. Tp memang betul kami di sebelah Sri Menanti tidak pakai bawang halia bawang putih dsb bila masak ayam. Cukup ciliapi n serai. Try larr...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar

 
copywrite@2015 MyMintroomDESIGNER BLOGS