Tuesday, October 02, 2012

Apam Tepung Biras..eh Beras...



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita mengapam hari ni...oops bukan hari ni sebenarnya tapi pagi Ahad  lepas. Saja teringin nak buat, lagi pun sebab kebetulan ada nasi lebih dan ada sepeket Eno. Lagipun tengahari Ahad ada kenduri, jadi sarapan ringan sudah le. Adunannya saya bancuh malam Sabtu dan perap sepanjang malam sampai Ahad pagi baru kukus.

Beberapa kurun yang lalu masa apam yang guna Eno ni mula femes memang rasa pelik bila dengar, ada ke guna Eno buat kuih. Macam-macam orang ni mereka-reka. Agak-agaklah, siapa yang mula-mula timbulkan idea guna Eno dalam resepi kuih ni yek? Secara tradisinya yang mak kita selalu buat dulu guna tapai. Tapai atau Eno akak tak kisah janji sodappp dan gobusss.


First time pun buat kuih ni...surprissssee!! Ada 3 kaler tu sebenarnya merah, kuning dan kaler asal putih. Tapi yang kaler asal tu malu-malu dia tak nak keluar, dia dok di dalam. Tak kisahlah, kaler tak penting janji sedap di makan. Kalau ada kaler hitam best gak, boleh buat kaler hitam dan putih, mesti cantik kan? Ha ha..


Baiklah, resepi yang saya guna untuk buat kuih ni dari blog Izah Daut, blogger yang suka muffin tu, dan beliau memperolehinya dari Ros (Jintan Manis) dan Ros pulak memperolehinya dari kak Watie Penang. Saya jengah ke blog Kak Watie sebab tak pernah singgah. Entri terakhirnya ialah pada bulan Jun yang lalu mengatakan yang beliau tidak sihat. Moga-moga Kak Watie kini beransur pulih serta dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa.

Apam Tepung Beras
Sumber: Izah Daut


Bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno

Cara:

Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam @ semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Wassalam...

9 comments:

  1. Comelnya apam dia...kaler maler yer... bak mai sepiring!

    ReplyDelete
  2. Mmg fav apam,hari2 pun tak jemu....gebus.

    ReplyDelete
  3. Dapp apamm...nk ajak tukar ngan apam pandan kita dh xde yer..pe kata akak godek lg sekali...;)

    ReplyDelete
  4. Chah...walaupun senang jer mbuat nya tapi tahap kemalasan tu yang tak tahan...tapi sikit hari lagi nak buat apam mekar pandan lak...tak tahan cabaran nak memekarkannya...

    ReplyDelete
  5. Aslmkm, salam kunjungan balas. Maceh singgah blog Along ya. Salam kenal & Along follow ya.

    ReplyDelete
  6. Amboi gebusssnya apam ni..mesti sedap ni...

    ReplyDelete

Terimakasih atas komen yang segar